Sunday, July 10, 2011

* PANTUN ~ PENGENALAN

                
   
   
                                      
                                        

Dengan Bismillah kata ku himpun
bersama doa pembuka bicara
wahai sahabat mari berpantun
hilangkan gundah gulana di jiwa.

Laman bernama Laman Sutera
tempat menghimpun seribu rasa
ruangan Pantun telah tersedia
tidakkah Tuan rasa teruja?

Salam dihulur kata bermula
buat santapan hati yang lara
kalau Tuan bijak bicara
mengapa membisu seribu kata.

Dalam hati tersemat kata
kata diisi mengubat jiwa
mencari teman merata-rata
buat penawar dikala duka.

Irama dialun mengiring lagu
tersusun kata penuh bermakna
hamba di sini sabar menunggu
siapa gerangan orang pertama.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...