Wednesday, February 1, 2012

* CERITA ALAM ~ JANGAN KAU SAKITI

Who
Why
What
When
Where n How....
Only God knows....
- Ozie
A wonderful sunset and a warm loving hug. What could possibly be better.  Stock Photo - 1526353

                                                                                           Wanita dikurniakan hati dan perasan yang sangat halus sehinggakan begitu sukar untuk difahami oleh kaum lelaki. Justeru itu mereka lebih mudah tersinggung atau dilanda emosi sekalipun dalam hal-hal yang begitu kecil. Pun begitu bukan kami kaum wanita ini yang memilih untuk memiliki hati dan perasaan sebegitu, tetapi sudah semulajadi kurniaan Ilahi. Dijadikan naluri wanita sedemikian rupa, tentulah ada sebab musabab dan hikmah disebaliknya. Hatta tanpa diberitahu sekalipun kaum lelaki sudah sedia maklum akan hal ini. Namun saya percaya, masih ada lagi kaum lelaki diluar sana yang masih tidak memahami atau sengaja tidak mahu memahami akan situasi ini. Malang sungguh wanita yang memiliki lelaki sebegini....hehee...


                                                           Pun demikian, bagi kaum wanita, walaupun terpaksa melalui situasi malang ini, mereka harus tetap tabah dan cekal menghadapi segala kemungkinan. Biarpun pedih, biarpun sakit, biarpun hancur luluh hati dan perasaan, kehidupan harus juga diteruskan. Anggaplah segala yang berlaku itu adalah suatu ujian, dugaan dan cobaan buat menguji seteguh mana keimanan kita... wah! Macam dah cukup kuat je hati yang menulis...hehee...

                                                          Sedikit permintaan tetapi bukan rayuan..... buat kaum lelaki, sedarilah akan hakikat dan kebenaran yang telah ditentukan oleh Tuhan. Selemah mana pun kaum wanita, mereka adalah makhluk Allah jua. Dijadikan wanita bukan untuk disakiti sebaliknya terpikul beban yang berat dibahumu kerana itulah amanah yang terpaksa kau tanggung. Ingatlah...!! Jangan sesekali kau biarkan airmatanya tumpah menyembah bumi kerana terluka oleh sikap dan perbuatanmu. Jangan pernah kau tinggalkan dia terlalu lama dengan rasa rindu yang menebal dihatinya. Jangan pula kau lupa akan kasih sayangnya yang telah dicurahkan kepada mu sekian lama. Jangan hendaknya dipersia segala susah payah mereka melahirkan zuriat dan keturunanmu ke dunia. 

                                                          Sayangilah wahai kaum adam, akan kaum hawa yang diamanahkan Allah sebagai pasanganmu di dunia ini, dengan seikhlas hati dan nuranimu. Bukan sekadar menunaikan tanggungjawab mu atau memenuhi segala keinginanmu semata-mata. Dan ketahuilah bahawa kami juga amat memerlukan belaian, kasih sayang dan cinta darimu....huhuu.... Sedihlah pula....
                                                          Akhir kata, dari hati nurani seorang insan lemah yang bergelar wanita, buat mereka yang bergelar lelaki, jadilah lelaki sejati yang menghargai pemberian Ilahi yang unik ini.... dan....sebelum kesalan tiba kerana perginya mereka meninggalkanmu sendirian di dunia ini, maka perhatikanlah juga hal-hal kecil yang bisa merobek hati dan perasaan mereka.....huuu.... (berjuraian juga airmata).

16th. January 2012

       
                                                                     ~ Thank You ~

5 comments:

  1. sedihhhh...la...takkan nak ketawa pulak....heee...

    ReplyDelete
  2. lelaki... dunia mereka agak complicated. Bila kita tidak memerlukan mereka, mereka inginkan kita. Dan bila kita berharap kepada mereka, sering perasaan tidak diendahkah... apa-apaun perbincangan dan luahan rasa apa yang dirasa perlu diluahkan supaya mereka mengerti dan memahami.. Owhh lelaki! Tanpa mereka kita menderita, bersama tiada beza...

    ReplyDelete
  3. wanita selalu pasrah dan redha dengan apa saja yg diterima. Tapi hakikatnya tetap tersiksa dan merana...huuu

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...