Wednesday, March 6, 2013

* SAJAK ~ HAPUSKAN CERITERA LARAKU




HAPUSKAN CERITERA LARAKU

Ceritera lara berlayar di sudut fikrahku

terbungkam dan kelu dalam celaru
kesukaran meluahkan segala yang tersirat
sungguh payah melontarkan apa yang terpahat
segalanya menggetu hati dan perasaan
yang terkadang merenggut ketenangan ...

Dalam kekeliruan aku hilang keyakinan

angan dan impianku terbang bertaburan
sisa-sisa luka mengenap ke dasar jiwa
berterusan gundah mengiringi masa
kini, seculin cuma rasa cinta yang tinggal
entah bisakah ia terus kekal ...

Tuhan!

keluarkan aku dari kesengsaraan ini
kembalikan kebahagiaanku yang tergendala
izin ku rasai, nikmat bahagia yang nyata
limpahkan aku ketenangan yang abadi
campakkan aku ke mandala hakiki
di mana RahmatMu sentiasa menanti .....

By: * OZIE MAHSA (6th. March 2013)

* Please CLICK HERE to see more poems.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...