Thursday, September 5, 2013

* RESEPI ~ BISKUT BIJIRIN/CEREALS COOKIES

Click images to view actual size



Bahan-bahannya:
1. Marjerin ~ 80g
2. Gula perang ~ 80g
3. Tepung gandum serbaguna ~ 50g
4. Soda bikarbonat ~ Setengah sudu kecil (3g)
5. Kacang badam (dibakar dan ditumbuk kasar) ~ 50g
6. Nestum ~ 40g
7. Oatmeal ~ 40g (saya guna oatmeal segera)
8. Cornflakes (diramas kasar) ~ 50g
9. Cip coklat ~ 50-60g

Cara membuatnya:
1. Dalam mangkuk, pukul bahan 1 dan 2 sehingga lembut dan berkrim, menggunakan mixer.
2. Masukkan pula bahan 3 dan 4 yang telah diayak bersama dan pukul lagi sehingga sebati.
3. Masukkan pula bahan 5,6,7,8 dan 9 dan gaul rata menggunakan senduk atau sudip kayu supaya lebih mudah.
4. Cedok adunan menggunakan sudu dan bentukkan mengikut cara dan saiz yang anda suka, ke atas dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan marjerin.
5. Bakar seperti biasa dengan suhu 160c sehingga bahagian bawah kuning keemasan dan keluarkan dari oven walaupun bahagiaan atas masih lembut.
6. Sejukkan sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.



Jumlah hidangan:
Lebih kurang 40 keping saiz biasa, 10 keping saiz besar.

Nota:
- Biskut ini amat sesuai untuk sarapan pagi.
- Jumlah gula boleh diubah mengikut citarasa.
- Dalam gambar di atas saya gantikan cip coklat dengan coklat urai tapi rasanya lebih manis. Jadi jika anda ingin menggunakan coklat urai, sila kurangkan sedikit jumlahnya.
- Saya juga gantikan soda bikarbonat dengan serbuk penaik biasa kerana tak sukakan rasa pahit pada soda tersebut.

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

2 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...