Tuesday, September 24, 2013

* SYAIR ~ SENYUM ITU SEDEKAH



SYAIR ~ SENYUM ITU SEDEKAH

Segala puji-pujian kepada Allah,
Kutulis karangan kata mencelah,
Syair kuberikan judul senyumlah,
Dengan senyuman tidaklah lilah. 

Memang senyum itu sedekah,
Bisa bercantum hati merekah,
Wangi harum sumpah serakah,
Panasnya turun tak jadi jerkah.

Senyum di bibir tidaklah susah,
Kalbu tergelincir tak lagi resah,
Marah mengalir tentulah susah,
Senyum terukir hati pun basah.

Kita senyum orang pun lemah,
Amarah turun jadi berhemah,
Hati meruntun mulalah ramah,
Petua diperturun bisa dimamah.

Senyum selalu budi terserlah,
Tidaklah perlu bahasa diolah,
Hinakan dirimu meski bersalah,
Rela mengaku sudi mengalah. 

Biasakan dirimu senyum diratah,
Sudahlah tentu hati orang patah,
Kelat wajahmu rasa nak muntah,
Melekat senyummu seperti getah.

Aduhai teman ayuhlah berubah,
Manis senyuman hati pun rebah,
Bukan kerugian cuba persembah,
Dalam kehidupan aneka rempah.

Lihat sekeliling budaya bernanah,
Di tangan stereng sumpah seranah,
Cuba kerling senyum dah musnah,
Ambillah pusing haruslah manah.

Seandainya kita senyum terarah,
Amarah menyala turunlah darah,
Sejuklah mereka tidaklah sezarah,
Dek kerana kita tidaklah amarah.

Janganlah tuan dirundung gundah,
Hulurkan senyuman di wajah indah,
Jadi amalan sebelum dan sesudah,
Semolek perlakuan jadikan wadah.

Akhirul kalam berakhirlah sudah,
Bahasa kuanyam jadikan juadah,
Judulnya kuselam di hati gundah,
Wajah kusam pekertimu rendah.  

By: PAUZI MOHD ISA
Source: Facebook

~ Thank You ~

2 comments:

  1. kalau tak mampu bersedekah wang ringgit, sedekahlah sekurang-kurangnya senyuman

    ReplyDelete
  2. yes Zila...kalau senyuman pun kedekut, tak tahu nak kata apa dah hehee....

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...