Tuesday, October 15, 2013

* CERITERA ALAM ~ GULA DALAM MASAKAN




Seingat saya, mak mak kita dulu kalau memasak jarang sekali atau hampir tidak pernah memasukkan gula dalam lauk pauk. Gula hanya digunakan untuk membuat minuman dan makanan yang manis seperti kuih muih. Tetapi sekarang ni, gula digunakan hampir dalam semua jenis masakan. Bukan saja dalam minuman, kuih muih atau makanan yang manis, malah dalam masakan pedas pun ditambahkan gula. Dalam rendang ada gula, dalam kuah kacang ada gula, dalam ikan masak kicap pun ada gula dan banyak lagilah masakan di Malaysia ni yang ditambahkan gula kononnya untuk menjadikan masakan lebih enak dan cukup rasa. Bukan sahaja ada rasa masin dan masam, tetapi ada rasa manis juga... 3 rasa kata orang....

Kalau sudah begitu halnya, agak agaknya berapa banyak gula yang kita makan dalam sehari. Jom kita buat kaji selidik sendiri, berapa kilo gula yang kita gunakan dalam sebulan. Hmm... Mungkin ada yang terkejut nanti... hehee... Harap harap selepas ini, kita terutamanya yang bergelar wanita, isteri dan ibu... akan lebih peka terhadap penggunaan gula ini. Sebagaimana yang kita semua tahu, penggunaan gula yang berlebihan dalam pemakanan seharian kita, sebenarnya boleh mengancam nyawa kita dan keluarga. Tepuk dada tanya selera dan tanya hati juga, apakah kita bersedia....

~ Thank You ~

2 comments:

  1. gula memang sedap, tak ada gula, macam tak complete, tapi sebenarnya, gula ialah perosak sel, musuh dalam diam

    ReplyDelete
  2. betul-betul..Kerana gula penyakit Diabetis kian meningkat di Malaysia..so kurangkan gula dalam makanan

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...