Sunday, October 20, 2013

* DIARI HATI ~ TERKENANG SAAT DIDONDONG/DIDODOI


Gambar Hiasan

Seingat saya, sejak kecil sehinggalah saya berusia 14 tahun, saya banyak dijaga dan diasuh orang arwah nenda saya. Tidak salah lagi bila emak sendiri pun pernah menceritakan bagaimana susahnya nenda mengorbankan masa dan tenaganya untuk menjaga dan merawat saya yang terlantar sakit sejak dilahirkan akibat kelahiran tidak cukup bulan sedangkan doktor telah pun mengesahkan bahawa saya ketika itu, tidak dapat lagi diselamatkan.

Nenda jugalah yang banyak mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni serta sikap-sikap yang terpuji kepada saya cucunya sebagai tanda kasihnya mungkin. Itu saya akui kerana masih jelas terbayang di mandala fikrah saya, bagaimana sabarnya dia menjaga saya ketika saya demam atau sakit walaupun ketika itu saya sudah pun mula meninggalkan alam bayi dan betapa bersungguh-sungguhnya dia cuba mentarbiah saya, seorang anak kecil yang baru mengenal dunia dan kehidupan hakiki. Hmm.... Segalanya terlalu manis untuk dikenang....

Dan.... setiap kali sebelum tidur nenda akan mengajar saya bagaimana menyebut nama Allah dengan betul dan setiap kali itu juga dia tidak pernah lupa untuk membacakan zikrullah dan ayat-ayat suci Allah ke telinga saya. Antara ayat yang paling kerap diperdengarkan dan tidak mungkin saya lupakan hingga kini, adalah ayat-ayat dari surah at-Taubah ayat 128-129, dan hingga ke suatu saat saya akhirnya boleh menghafal ayat-ayat tersebut dengan sendirinya.

Hatta dengan sebab itu mungkin, tidak mudah untuk saya lupa akan orang yang pernah mendodoi saya dan yang paling banyak berjasa serta menyayangi saya. Biarpun masa telah lama berlalu, namun wajah nenda dan ingatan saya terhadapnya masih utuh dan tidak pernah sedikit pun berkurangan.

* Al-Fatihah buat nenda tersayang serta iringan doa yang tidak pernah padam. Semoga Allah merahmati kehidupan nenda di akhirat. Aamiin.

Pengajaran:
Begitu berseni dan berilmunya orang 'lama' dalam mentarbiah anak cucu dan keturunan mereka. Mungkin jauh berbeza dengan cara kita mendidik anak-anak di zaman ini. Mereka mendodoikan kita dengan barisan ayat-ayat suci, tapi kita mendodoikan anak-anak dengan lagu-lagu masa kini. Betapa lekanya kita andai itu benar terjadi. Wallahualam.

~ Thank You ~

5 comments:

  1. Al-Fatihah..
    setiap manusia mempunyai kenangan walaupun pahit tapi manis di ingatn..hehe..

    ReplyDelete
  2. Indahnya kenangan, tiada galang ganti.

    ReplyDelete
  3. Sue, Wanaria.... tinggal kenangan namun menjadi sumber kekuatan juga...

    ReplyDelete
  4. Kenangan dan jasa mereka tetap diingatan buat selama-lamanya.. Jemput follow blog saya balqis-resepiku.blogspot.com

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...