Monday, October 21, 2013

* RESEPI ~ DAGING MASAK KICAP LADA HITAM




Bahan-bahannya:
1. Daging ~ 300 gram dipotong nipis
2. Lada hitam ~ 2 sudu besar ditumbuk kasar
3. Halia ~ 1 inci dihiris nipis
4. Bawang putih ~ 4-5 ulas diketuk
5. Bawang besar (merah) saiz kecil ~ 1 labu dihiris bulat
6. Cili besar ~ 1 biji dibelah 2
7. Tomato ~ 1 biji (kecil) dipotong baji
8. Kicap pekat masin ~ Suku cawan
9. Air ~ 250-300ml
10. Asam keping ~ 1 keping kecil
11. Garam ~ Secukupnya
12. Gula ~ Secukupnya (jika perlu)
13. Serbuk kunyit ~ Secukupnya untuk digaul bersama daging.
14. Daun sup/daun bawang/daun kucai ~ Secukupnya untuk hiasan.

Cara membuatnya:
1. Gaulkan daging bersama garam dan kunyit kemudian goreng, angkat, tos dan ketepikan.
2. Tumis halia, bawang putih dan lada hitam sehingga naik bau.
3. Masukkan air, kicap dan asam. Didihkan sebentar.
4. Masukkan cili besar, bawang dan tomato dan masak lagi sehingga ketiga-tiga bahan lembut dan sehingga kuah pekat.
5. Lengkapkan rasanya dengan gula.
6. Masukkan daging, kacau rata, angkat, hias dan hidangkan.

Nota:
- Goreng daging dengan minyak yang betul-betul panas, sebentar saja dan angkat sebelum keluar airnya. Menggoreng terlalu lama hanya akan membuatkan daging semakin keras. Sebaiknya gunakan daging batang pinang.
- Rasa masin bergantung kepada jenis kicap. Sekiranya kurang masin boleh tambahkan sedikit garam lagi ke dalam kuah.
- Sekiranya anda ingin menggunakan kicap pekat manis, tidak perlu tambahkan gula sebaliknya, lengkapkan rasanya dengan garam secukupnya.

Saiz hidangan:
2-3 orang

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...