Saturday, November 2, 2013

* RESEPI ~ BISKUT MAZOLA

Click image to view actual size.


Bahan-bahannya:
1. Tepung gandum ~ 2 cawan di ayak
2. Kacang tanah ~ 1 cawan(atau lebih sedikit) disangai dan dikisar
3. Gula kastor ~ Setengah cawan atau ikut manis
4. Minyak jagung mazola ~ Setengah cawan atau ikut lembut
5. Garam halus ~ Suku camca teh
6. Telur (kuning) ~ 1 biji untuk sapuan/hiasan
7. Kacang tanah (disangai dan dibuang kulit) ~ Secukupnya untuk hiasan.

Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung gandum, kacang tanah kisar, gula dan garam ke dalam bekas adunan dan kacau rata.
2. Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan boleh dibentuk.
3. Bentukkan adunan satu persatu mengikut saiz yang diingini dan letakkan di atas loyang pembakar yang telah disapukan sedikit minyak.
4. Letakkan biji kacang dan sapukan kuning telur di atas biskut.
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 160c sehingga berwarna keemasan.

Jumlah hidangan:
60-70 biji

Nota:
Boleh kurangkan sukatan gula jika tidak suka manis.

~ Thank You ~

4 comments:

  1. dulu rajin buat biskut ni. Akak jual ke?

    ReplyDelete
  2. tak lah Zila... tuk sendiri je... kalau ada pun kawan2 rapat je..hehee

    ReplyDelete
  3. Namanya biskut mazola? Tak tahu pula saya. Saya panggil biskut kacang je. Hehe

    ReplyDelete
  4. Wahh.. sedapnya.. dah lama x makan biskut mcm ni.. rindu pulak..

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...