Saturday, July 12, 2014

* 'PAGEVIEW' TERBANYAK DI LAMAN SUTERA




Ketika mula-mula berhasrat untuk mengadakan ruangan resipi untuk blog LAMAN SUTERA dulu, terlintas juga di hati, ada ke orang nak 'search' resipi-resipi harian saya yang mudah dan ringkas ni. Gambar-gambar pula taklah menarik sangat kerana saya hanya menggunakan camera dari handphone biasa je. Satu demi satu, resipi-resipi mudah dan ringkas saya 'publish'. Kesemua resipi-resipi dan gambar-gambar tersebut, saya hasilkan dari tangan sendiri dengan cara sendiri. Adalah juga 1@2 resipi yang bahan asalnya saya ambil dari blog lain tetapi saya olah semula mengikut cara saya.

Setelah beberapa lama saya mula sedar entry yang bertajukkan RESIPI yang saya hasilkan selama ini nampaknya lebih menonjol dari entry-entry saya yang lain. Ini dapat dibuktikan kerana 8 dari 10 entry paling popular (gambar di atas) saya adalah terdiri dari resipi-resipi 'bodoh' saya tu. Pun demikian, yang saya anggap 'bodoh' itulah sebenarnya yang membawa rezeki kepada saya....heee...

Dan saya hairan juga, kerana resipi yang paling menjadi tumpuan pencari-pencari resipi di luar sana adalah resipi yang paling mudah pada saya iaitu Resipi Kuih Kosui/Kaswi yang kini telah pun mencecah jumlah pageview sebanyak lebih 50,000 sejak 12 September 2013 hinggalah ke hari ini. Pencapaian yang amat ketara setakat ini berbanding entry yang lain. Ucapan tahniah untuk kuih kosui...hehee.... Apapun, syukur Alhamdulillah dan ucapan terima kasih kepada yang tidak jemu-jemu melawat dan mencari sesuatu di blog LAMAN SUTERA.

Bukan nak menunjuk-nunjuk, cuma nak tunjuk.

SALAM RINDU DIANGIN LALU!
~ Thank You ~ 

2 comments:

  1. Tahniah Kak Ozie.., ramai org baru nak merasa buat sendiri kuih tradisi mcm kaswei tu....walau mudah tetap kena ciri resipi jugak...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah kak Ozie... semoga terus sukses & seronok berkongsi kebaikan... :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...