Sunday, July 13, 2014

* CERITERA ALAM ~ HILANG ROMANTIK ATAU HIPOKRIT?




Sedar atau tidak, ramai isteri-isteri di luar sana yang agak keliru dengan sikap sebenar suami mereka. Bukan semua, tetapi kita nak cerita tentang segelintir suami yang tanpa sedar mungkin telah melukakan hati isteri mereka.

Kita imbas dulu saat mula bertemu. Saat menjalinkan hubungan cinta, romantik teramat kononnya. Diajak menonton wayang tak kira malam ke siang. Berjalan-jalan di kebun bunga sambil berjalan tak lepas lepas tangan dipegang. Kemana saja kekasih ingin pergi sering sahaja ditemani. Kalau boleh setiap hari hendak berjumpa dan ingin selalu bersama. Hmmm.... Macam dunia ni milik mereka berdua aja...heee... Walaupun memang benar tahu semua yang dibuat tu salah di sisi agama. Namun kerana cinta bersulamkan nafsu, dosa pun boleh buat tak tahu aja.

Saat mula mendirikan rumah tangga pula, sikap suami masih lagi kelihatan romantik. Berjalan masih seiringan dan berpegangan tangan. Malah dipeluknya bahu kerana dah mula timbul rasa cemburu. Sakit pening dilayan dengan mesra. Muntah-muntah sewaktu mengandung diurutnya dada dipicitnya kepala. Apabila sudah melahirkan, dikucupnya dahi sebagai tanda syukur dan terima kasihnya kepada isteri. Pendek cerita, segala yang payah tetap dipandang indah. Segala yang sukar masih boleh ditangani dengan sabar. Demi cinta, katanya.

Namun, segalanya bertukar bila anak-anak makin membesar. Layanan pun sudah mula berubah bila dilihatnya berat badan isteri semakin bertambah. Sikap romantiknya dah mula lebur bila kedut-kedut di wajah isteri dah mula timbul. Keluar berjalan-jalan pun dah semakin jarang dan dah pandai pula tunjuk belang. Isteri jalan di belakang, suami dah hilang di hujung simpang. Kadang-kadang tu, isteri bagai nak gila mencari suami yang entah kemana menghilang...hehee... Sakit pening pun tak lagi dipeduli. Isteri cari ubat dan makan aja sendiri. Duduk 'sorang-sorang' tarik nafas panjang-panjang, pujuk hati sendiri agar bertenang.

Kalau nak bercerita bab ni, berjela-jela ayat nak ditaip sampai sakit jari-jari. Namun hakikatnya, memang itulah yang banyak terjadi. Justeru itu para isteri pun mulalah bersoal jawab sendiri, suaminya sudah hilang romantik atau sememangnya hipokrit? Ketika mula ingin memiliki, sanggup buat itu dan ini. Bila keinginan telah tercapai, segalanya mula terabai. Begitukah nasib seorang isteri atau suami yang tak kenal diri?

Walau apa pun, wahai para suami... pegang kepala sendiri dan tanyalah hati. Wajarkah diri bersikap demikian sedangkan isteri sudah banyak berkorban. Akhir kata, jangan marah-marah. Mari kita sama-sama bermuhasabah dan bermesyuarah.

Sekadar luahan dari pemerhatian.

SALAM PENUH KEIKHLASAN!
~ Thank You ~

5 comments:

  1. Mudah2an tidak berlaku kpd saya... saya syng isteri saya.. masih romantis... in shaa Allah... :)

    ReplyDelete
  2. mudah2an suami saya tak jadi camtu.. huhuhu.. berdoa agar terus2an di hargai.. :)

    ReplyDelete
  3. lumrah hidup..pucuk pangkat hati & niat apa kita berumah tangga..
    harap suami saya tidak begitu..amin..

    ReplyDelete
  4. sy masih belum berumahtangga. dan sy sudah melihat pelbagai masalah rumahtangga sepanjang bekerja di mahkamah. mudah mudahan bakal sy nanti bukanlah tergolong dalam golongan sebegitu.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...