Tuesday, July 8, 2014

* DIARI HATI ~ RAHSIA POSISI RUKUK DAN CERITA DI SEBALIKNYA




Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang berkaitan dengan rahsia rukuk dalam solat. Untuk perkongsian ini, saya perlukan khidmat Google bagi mengetahui dengan jelas tentang rahsia rukuk ini memandangkan saya tidaK begitu arif tentang maklumat penting ini. Antara yang saya temui adalah, posisi rukuk tersebut sebenarnya baik untuk tulang belakang, jantung dan pengaliran darah.

Kepastiannya, kesahihan kebaikan posisi rukuk ini memang tidak boleh dinafikan.... kerana setiap perkara yang Allah tentukan pastinya ada rahsia tersendiri. Hmm.... Mungkin baik juga jika kita praktikan posisi tersebut sekali pun di luar waktu solat untuk perkara-perkara yang bersesuaian. Tapi... apakah kaitannya perkongsian mengenai rahsia posisi rukuk ini dengan cerita saya nanti? Jom teruskan pembacaan.... 


Alkisahnya, pernah saya gunakan posisi rukuk ini beberapa kali untuk menghilangkan sedu dan hasilnya memang memuaskan. Bukan itu saja... kisah kedua (cerita lama sebenarnya) ketika hendak mandi, sejurus selepas saya pulang dari hospital (setelah 2 hari dirawat) kerana melahirkan anak, sengaja saya lakukan posisi yang sama seperti rukuk (tanpa membengkokkan kaki) ketika mengambil barang yang terjatuh di hadapan saya. Saya buat begitu kerana 
takut untuk bergerak secara agresif kerana memikirkan jahitan dan luka yang masih baharu. 

Sebaik saja saya berdiri semula, terasa sesuatu keluar dari bahagian sulit saya yang masih lagi terasa sedikit sakit akibat bekas jahitan selepas melahirkan. Apabila saya lihat ke bawah, agak terkejut juga bila ternampak ketulan darah yang saiznya hampir sebesar bola pingpong di atas lantai. Dalam hati saya berkata, kalau saya tidak lakukan posisi itu tadi, mungkin juga ketulan darah tersebut masih lagi berada di tempatnya. Mashaallah.

Kenyataannya, rawatan di hospital tidaklah sesempurna yang kita sangka dan harapkan. Semoga anda mendapat sesuatu dari cerita saya itu tadi.

SALAM KASIH MESRA!
~ Thank You ~

3 comments:

  1. selain ada kebaikan tertentu pada pergerakan solat , pergerakan solat juga satu senaman ... thanks berkongsi .

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH..KAK OZIE.
    PENGAJARAN YANG BAIK UNTUK SAMA-SAMA KITA KONGSIKAN...

    ReplyDelete
  3. Perkngsian yg sgt baik kak Ozie.. t kasih.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...