Wednesday, July 16, 2014

* HORMATILAH ORANG-ORANG YANG LEBIH TUA

~ SEKADAR PERKONGSIAN ~

Gambar Hiasan: Google

Jika ingin dihormati maka belajarlah untuk menghormati sesama insan. Yang muda hormatilah yang lebih berusia kerana orang tua banyak pengalaman dan ada keberkatan. Semoga Allah jauhkan kita dari sifat sombong. Amin.

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah atau sombong) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takabbur, lagi membanggakan diri." (Surah Luqman:18)

Daripada Anas R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muda menghormati pada orang tua kerana tuanya (usianya), melainkan Allah akan membalas penghormatan dengan menghormatinya pula kerana usianya kelak." (Riwayat at-Tirmidzi)

Sumber:  Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Orang yang baik menabur budi. Namanya akan sentiasa diingati....
Orang yang jahat menghimpun dosa. Dirinya akan selalu dicerca.....

SALAM KASIH MESRA!
~ Thank You ~

2 comments:

  1. Sokong entry ni! tak rugipun hormat menghormati anatara satu sama lain :) jemput singgah ke blog SM kalau sudi :D


    http://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html

    ReplyDelete
  2. Mmg betul tu kak... kita semua pun akan tua satu hari nanti klu dipanjangkan umur...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...