Sunday, August 24, 2014

* LAYAN LARA ~ CINTA KOMPROMI?




Dengan begitu yakinnya dia mengajak aku berkompromi tentang cinta, tanpa segan silu malah kedengaran agak sumbang di telingaku akan tiap lafaz dan bait kata yang diungkapkannya. Seperti biasa, saat menghadapi situasi sebegini yang mana telah berulang kali aku lalui, aku hanya mampu membisu dan menjadi pendengar setia sambil cuba mengawal emosi agar tidak timbul konfrontasi antara kami. Biarlah dia menyuarakan isi hatinya, kerana aku tidak ada hak untuk menghalang dia bersuara. Biarlah aku nampak bodoh di matanya, asalkan tidak tercalar pendirian dan keperibadianku.

Namun yang pasti, setiap ungkapannya melahirkan pencerahan tanpa paksaan. Dia sebenarnya belum cukup memahami akan erti perasaan dan kemanusiaan. Rela dengan sengaja diperhambakan rasa sehingga harus menagih simpati demi secebis rasa yang dinamakan cinta. Dia sebenarnya sedang keliru dalam membezakan antara cinta dan nafsu. Dan dia juga belum cukup bijak untuk menilai dan mentafsir riak wajah insan yang berada di hadapannya sedangkan kami dilahirkan dalam dunia dan versi yang serupa.

Dia benar-benar tidak tahu mungkin, saat dia ingin mengejar kebahagiaan yang belum pasti menjadi milik mutlaknya, orang yang cuba dikuasai hatinya ini sebenarnya telah lama sepi dan menderita. Andai dia tahu punca dan sebab-musababnya, pasti dia akan segera berlalu dan mematikan niat dan tujuan asalnya, yang sememangnya agak kurang bijaksana.

Pun begitu, hati manusia memang amat sukar difahami. Kadang kala, demi keinginan yang menggunung, demi rasa yang tidak tertanggung kononnya, kita tega membiarkan diri disakiti dan rela jiwa dilukai demi memenuhi keinginan yang dicari. Sadis kah dia kerana menyuarakan hasrat hati atau egois kah aku kerana tidak memahami? Hmm... Entahlah.

Tuhan... Hanya kumohon padaMu, titipkan mentari di setiap siangku dan hadirkan rembulan di setiap malamku. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang juga ingin merasa nikmat sebenar bahagia, di duniaMu yang sementara. Segera kembalikan dia yang kusayang dengan kelembutan dan cinta yang melimpah di setiap sudut hatinya sebelum nyawaku Kau pisahkan dari jasadku yang semakin tidak berdaya. Amin.

SALAM BERTAUT RINDU!

Aku yang tercari-cari...
~ Ozie Mahsa
~ Thank You ~

3 comments:

  1. ALLAHUAKBAR..aminn.. sue lama x blokwalking kak ozie ,salam terjah blog kak Ozie..hehe..

    ReplyDelete
  2. salam..
    saya ronda2 cari resipi tadi terjumpa blog ni. seronok juga blog ni ada macam2. sajak pun ada... aha... teringat zaman sekolah dulu selalu hantar sajak publish di suratkhabar... hehe... kenangan sangat.

    nanti saya singgah lagi ya. kalau sudi mai laa singgah blog saya. tq.
    http://maipilihdotcom.blogspot.com/

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...