Wednesday, March 23, 2016

* BUKU KUMPULAN CERPEN REMAJA DARI PENULIS WANARIAHAMIZA

                                      Wah! Agak lama juga saya tidak menulis dalam blog ni rupanya... Almaklum kesibukan dan kesempitan masa kononnya. Bila dah terlalu sibuk, idea pun agak susah nak 'mari' hihii... Kesian 'lappy'ku, terbiar lama merindu.

Kebetulan beberapa hari ini, saya kurang sibuk dan mula terpandang wajah 'lappy' yang kembali 'menggoda'. Sebaik sahaja 'lappy' saya 'on', saya terus intai Nuffnang saya dulu... Hihii... Wah! Dah boleh 'cash out' rupanya. Alhamdulillah. Tapi biarkan dululah ya... Kasi 'up' sikit lagi barulah syok nak 'cash out'... kan? Hihii....

Kemudian teringat pula kat sifu muda yang juga rakan blogger saya ni... Wanariahamiza atau Wan Hanif Wan Hamid. Bukan apa...lama dah simpan perasaan sebenarnya... Perasaan teruja nak dapatkan buku kumpulan cerpen remaja, Teratak Berjasa dari Wan... Apalagi, Wan segera saya hubungi dan seterusnya membuat pesanan. Nyata Wan seorang yang 'commited' dengan segala urusan. Tip top layanan... dan penghantaran segera dilakukan sebelum sempat saya membuat pembayaran. Agak malu sebenarnya saya. Hihii...



Dan inilah dia naskah-naskah yang dihasilkan oleh Wan...dengan zinenya sekali saya pesan. Terima kasih adik Wan...kerana sudi melayan, menunjuk ajar dan membantu kakak yang kurang bijak ni... Alhamdulillah, saya bersyukur kerana masih ada insan yang tidak lokek ilmu dan baik hati untuk dijadikan sahabat di dunia ini. Ok, undur dulu ya. Naskah-naskah bertuah ni, harus segera dibaca kerana hati ini sudah semakin teruja...hihii....


~ Thank You ~

2 comments:

  1. lama juga ozie bertapa ya, welcome back, tahniah nuffnang dah beranak pinak hihi :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Kak Zie atas kesudian membeli Teratak Berjasa dan Zine Santai Puisi kami. Harapnya ada manfaatlah buat akak ya.

    Sama-sama. Mana yang termampu saya bantu, saya akan bantu. Insyaallah sama-sama kita berjaya. Saya pun bukanlah sesiapa akak. Bukan sifu, bukan guru. Saya hanya budak-budak hingusan yang cuba memastikan agar hingus tidak meleleh lagi. Hehe. Berlagak dewasa kononya.

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...