Saturday, April 16, 2016

* SAJAK ~ BUKAN KEBENDAAN

Image result for cinta

Sayang...
dengarkan bicaraku ini

Pohon rinduku sudah semakin tinggi
setara gunung Fuji
kusiram dengan kasih
kubaja dengan sayang
menjadikan cintaku, indah berseri bagai bintang

Sayang...
jagakan cintamu untukku
sirami ia dengan doa, bukan dengan beg tangan jenama Bonia
bajai ia dengan harapan, bukan dengan permata yang bergemerlapan

Kau tahu pasti bukan?
cintaku luhur, bukan kebendaan...

Hasil karya: Ozie Mahsa - 16th. April 2016

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...