Wednesday, April 20, 2016

* SAJAK ~ PENCURI DAN VILLA CINTA BERSEMI

Image result for villa
Sekadar hiasan

Usai tugasan
si pencuri tersenyum kepuasan
sekujur tubuh sasaran, telah berada di genggaman
dia mula memasang angan
Villa Cinta Bersemi bakal rebah dilambung amarah
bakal runtuh tanpa penyuluh
setidaknya, akan retak kerana kehilangan hak

Namun terlupa
Dia yang merencana
sekujur tubuh yang dimiliki, bukan jaminan hak hakiki
Villa Cinta Bersemi masih gah berdiri
dengan kekuatan cinta dan kekayaan naluri, dua penghuni
si pencuri lalu menyedari
sekujur tubuh yang dibawanya pergi, kosong tanpa hati...

Karya: Ozie Mahsa - 20 April 2016

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...