Thursday, December 29, 2016

* AKU HANYA SEORANG PENULIS BLOG

Image result for menulis di papan kekunci

"Aku hanya seorang penulis blog". Merendah diri bunyinya. Namun, itulah realitinya apabila saya hanya mampu miliki ruang sebegini untuk meluahkan apa yang tersirat dan berkongsi sesuatu yang boleh memberi manfaat. Pun demikian keadaannya, saya tetap bersyukur saat menyedari bahawa bukan semua orang mampu melakukan kerana menulis bukanlah semudah yang orang lain fikirkan. Pada saya, untuk melahirkan 1 entry yang ringkas begini pun, kita perlukan idea, sedikit ilmu serta "bakat" berfikir dan daya kreativiti yang tinggi. Untuk semua perkara itu pula, kita perlu ada komitmen dan sanggup korbankan sedikit masa yang ada. Jika salah satunya tiada, hasil penulisan mungkin menghampakan kerana tiada kesempurnaan dari sudut penyampaian.

Dan lagi, untuk menulis kita juga perlu ada fokus dan matlamat agar isi cerita lebih bermanfaat serta tidak mengundang kontroversi hangat. Bukan setakat suka-suka dengan menulis sebaris dua. Jika kita sendiri pun tidak dapat rasa kepuasannya apalagi orang lain yang membaca. Jadi, alang-alang kita menulis biarlah berbaris-baris. Alang-alang orang membaca biarlah dapat manfaatnya. Hehee...

Walaupun kita hanya seorang penulis blog, namun untuk menulis kita juga harus ada rasa tanggungjawab dan mempunyai etika. Tidak menulis sembarangan yang boleh memberi kesan dan pangaruh negatif kepada orang yang membaca. Tidak bertujuan menyakiti, memfitnah, mengutuk atau menghentam mana-mana pihak atau pun sesiapa kerana menulis umpama berkata-kata tanpa suara. Kesannya tetap sama dirasa malah mungkin lebih parah lagi kerana sebaris ayat "tidak murni" yang kita lahirkan bakal dibaca oleh ribuan insan di bumi Tuhan. Maka itulah pentingnya ketelitian dalam menghasilkan penulisan yang lebih berisi dan mampu memberi kesan positif di hati.

Kesimpulannya, jika hasil tulisan kita baik ditambah lagi dengan tajuk entry yang mempunyai kata kunci yang mudah dicari maka tiadalah lagi istilah "syok sendiri" seperti yang dilabelkan oleh sesetengah orang kepada penulis blog, kerana sudah tentulah entry kita itu terus menjadi carian terbanyak oleh para pembaca blog dari serata dunia. Ok! Jom kita perbaiki segala kekurangan yang ada supaya kita akan menjadi penulis blog yang ada "harga".

Sekian.

Aku yang sedang diuji...
~ Ozie Mahsa
~ Thank You ~

2 comments:

  1. "0k! Jom kita perbaiki segala kekurangan yang ada supaya kita akan menjadi penulis blog yang ada "harga".

    Betul tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasaih Adam... Anda adalah antara blogger idola saya...hehee...

      Delete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...