Thursday, December 8, 2016

* APA MAKNANYA SAYANG KALAU.....

~SEKADAR PERKONGSIAN~

UNTUK PARA SUAMI DAN BAKAL SUAMI

Image result for KASIH SAYANG

APA MAKNANYA SAYANG KALAU.....

.....berjalan dengan isteri, pimpin tangannya pun anda tak suka malah anda tinggalkan dia di belakang hampir 10 ela jaraknya.

.....makan dengan isteri pun jarang sekali tapi makan dengan kawan-kawan hampir setiap hari.

.....berbual dengan isteri pun kalau hal penting sahaja tapi berbual dengan kawan-kawan, berjam-jam lamanya.

.....satu kali pun isteri tidak pernah dipuji malah anda lebih banyak mencaci.

.....ucapan harijadi pun isteri jarang terima walaupun kadang anda ingat tarikh lahirnya.

...keluar keman-mana pun isteri tidak diberitahu, kononnya tak perlu.

.....anda beli keperluan sendiri melebihi keperluan isteri malah isteri terpaksa membeli barang-barang keperluan dengan wang simpanannya sendiri.

.....lebih banyak luangkan masa di luar berbanding menemankan isteri di rumah.

.....anda menegur isteri dengan cara yang tidak sopan dan kasar.

.....isteri buat kesalahan kecil pun anda marah-marah.

.....dalam diam-diam anda curang terhadap isteri.

.....membantu isteri membuat kerja-kerja rumah pun jarang sekali malah anda lebih banyak memberi arahan itu dan ini.

.....anda susah, anda minta bantuan isteri tapi bila isteri susah anda buat tidak peduli.

.....anda sakit, anda mengadu pada isteri dan minta diberi perhatian itu dan ini, minta ambilkan ubat atau picit-picitkan badan anda, tapi bila isteri sakit anda cuma cakap "makanlah ubat" dan menyuruh dia pergi ke kelinik sendirian.

.....anda makan yang enak-enak di luar tapi tak pernah tanya pun apa yang isteri anda makan di rumah.

.....isteri hendak bersosial jarang sekali anda izinkan tapi anda sendiri hampir setiap hari keluar berjumpa kawan-kawan.

.....isteri hendak ke mana-mana anda merungut bila minta dihantarkan tapi dengan kawan-kawan tengah malam pun anda sanggup "berkorban".

.....anda marah jika isteri anda meninggikan suara tapi sebaliknya anda yang lebih dulu melakukannya.

.....anda menceritakan keburukan dan kekurangan isteri anda kepada orang lain.

.....anda sering membiarkan isteri anda tidur sendirian.

.....masalah isteri pun anda tidak pernah ambil tahu bahkan bertanya pun anda tak mahu.

Alasan sesetengah suami, mereka sayangkan isteri, cuma tidak pandai nak tunjukkan. Tapi kalau begitulah layanan anda terhadap isteri anda, kata-kata sayang itu hanyalah mainan atau satu penipuan.

Fikir dan renungkan. Andai benar-benar sayang, wajarkah anda bersikap sedemikian rupa. Andai isteri anda melakukan perkara yang sama, adakah sanggup anda menerimanya. Tentu tidak bukan?

Maka fahamilah sedalam-dalamnya apa erti sayang yang sebenar-benarnya. Berlaku adillah terhadap isteri dan berikan lebih perhatian agar anda lebih dihormati dan disayangi.

SALAM SEJAHTERA!

Aku yang sentiasa merinduiMu...
~ Ozie Mahsa

~ Thank You ~

2 comments:

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...