Monday, December 12, 2016

* CERITERA ALAM ~ PERIHAL ASAP ROKOK

Tentu ada diantara anda yang tidak suka dengan orang yang merokok, rokok itu sendiri apatah lagi bau asap rokok yang tentunya sangat "menyakitkan hati" dan merbahaya untuk kesihatan. Namun yang sedihnya, yang merokok atau siperokok tegar ini seolah langsung tidak memahami atau mungkin sengaja tidak mahu memahami bahawa ada sesetengah orang mempuyai masalah alahan dan tidak tahan dengan bau asap rokok. Yang merokok "bahagia" lah sangat menikmati dan melayani "kehendak" sampaikan tak sedar di sekeliling mereka ada orang lain yang setengah mati menahan bau asap, dari rokok mereka. Tambahan lagi kalau berada di tempat yang tertutup atau di tempat-tempat yang tidak baik peredaran udaranya.


Image result for ASAP ROKOK
Gambar hiasan(Google)

Bila kena giliran saya, memang tak dapat nak bayangkanlah bagaimana perasaan saya pada masa tu. Rasa nak je saya marahkan siperokok tu... Hihii... Sebenarnya saya ni paling alah dengan bau asap rokok. Memang lemas separuh nyawa nak menahan bau asap rokok ni. Allah saja yang tahu apa yang saya rasa. Memang saya akan lari jauh dari perokok-perokok tu jika berkesempatan. Jika tidak, terpaksalah saya tutup hidung dan tahan nafas panjang-panjang macam nak menyelam dalam air, gitu. Siksanya tu aduhhh haii...

Suami saya dulu pun seorang perokok tegar juga sebenarnya. Tapi, setiap kali dia hendak merokok bila berada di rumah, saya akan "halau" dia keluar... Hihii... Jauh dia pergi, duduk bawah pokok, sambil menyedut asap rokok tu seorang diri. Saya juga pernah kata pada dia, saya tak nak mati disebabkan asap rokok. Nasib baiklah dia faham.

Tapi sekarang dengan izin Allah, Alhamdulillah dia sudah tidak merokok lagi. Lega sangat-sangat rasanya dan berharap sangat agar dia tidak kembali semula kepada tabiat buruknya itu. Amin.

Saya berharap juga agar, perokok-perokok tegar di luar sana, lebih perihatin dan berperikemanusiaan terhadap diri dan masalah orang lain. Janganlah bersikap pentingkan diri dan bangga sangat dengan tabiat buruk anda yang sanggup "bakar duit" hari-hari semata-mata nak "layannn". Cukuplah anda sendiri yang menanggung akibat dari sikap tidak bijak anda itu. Jangan sesekali libatkan nyawa-nyawa lain yang masih suci dan tidak berdosa. Terima kasih kerana memahami kami.

Sekian.

Aku yang tak punya apa-apa...
~ Ozie Mahsa


~ Thank You ~

1 comment:

  1. Saya sekarang berada di jepun,
    Memang jadi masalah bagi perokok

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...