Thursday, December 15, 2016

* DIARI LAMAN SUTERA ~ AL KISAH STATUS FB

Anda ada account Fb? Kalau ada tentu anda perasan, dalam setahun Fb akan "bantu" kita untuk mengingatkan sahabat-sahabat Fb atau orang lain tentang hari bahagia kita. Anda tentu gembira sekali pada hari itu kan...begitu juga dengan saya. Sebenarnya kelmarin adalah hari bahagia saya, tapi sejak 2 tahun lalu, saya tidak mahu Fb "bantu" saya lagi untuk mengingatkan orang lain tentang hari bahagia saya, buat sementara atau mungkin buat selama-lamanya. Maaf ya... Saya ada alasan sendiri kenapa saya hentikan aplikasi yang satu ini, walaupun memang tak salah jika kegembiraan di hari bahagia itu dikongsi.

Jadi, kelmarin selepas pukul 12 tengahari saya update status Fb yang pertama untuk hari itu. Bunyinya begini...

"TARIKH HARI INI ADALAH HARI PALING GEMBIRA YANG PERTAMA BAGI MAK DAN ABAH... SEBELUM TIBA 14 KALI LAGI KEGEMBIRAAN YANG SERUPA...".

Hmm... Agak-agaknya anda faham tak apa maksud ayat tu....hihii... Sesekali kita uji minda dan main teka-teki pulalah ekk... Tidak lama selepas status di post maka masuklah "Comment-comment" dan "Like" untuk status saya itu. Kebanyakkan "comment" bertulis "Alhamdulillah". Hahaa... Nampaknya memang mereka tak fahamlah tu kan... Haa! Tulis lagi status putar belit macam tu. Walau bagaimana pun saya tetap "enjoy" dan senyum saja sepanjang hari itu walaupun tidak banyak ucapan yang diterima. Dan sangat bersyukur kerana Allah masih panjangkan usia saya hingga ke saat ini. Alhamdulillah. Alasan untuk tidak "On" BIRTHDAY REMINDER masih tetap rahsia... Hehee... Hmm... Dah ada yang faham kannn..... Tapi apa yang 14 kali? Mak, melahirkan adik-adik saya lahhh..... Hahaa....


Image result for birthday balloon

Aku yang masih setia...
~ Ozie Mahsa

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...