Friday, December 9, 2016

* MENU DIET ~ 6 WAKTU MAKAN YANG INDAH BERSAMA MENU-MENU YANG MUDAH

Image result for makanan
Gambar hiasan


Untuk hidup kita perlu makan tetapi yang tidak baiknya jarang sekali kita ambil berat tentang penjagaan pemakanan hanya kerana kita tidak mampu mengawal nafsu atau selera makan. Bila makan pastinya kita memilih yang sedap-sedap dan enak-enak belaka tanpa peduli samada makanan yang dimakan itu berkhasiat atau pun sebaliknya. Bukan setakat jenis makanan yang dimakan, tetapi kuantiti makanan dan masa makan pun kita tak pernah endahkan. Kalau makan bukan cukup sepinggan malah sedulang pun kalau letak kat depan mata, tak berhenti kita mengunyahnya. Sedap, lazat dan enaklah katakan... Mana boleh tahan...Hehee... Tanpa kita sedar sikap "tak kesah" kita dalam memilih makanan, akhirnya mengundang padah bila satu persatu penyakit tak segan silu datang menyinggah. Barulah nak menggelabah mencari ubat walaupun kita tahu ianya sudah terlewat...

Kepada yang telah pun "didampingi" oleh penyakit, bersabarlah dan berusahalah "menghalau"nya kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya. Inshaallah. Kepada yang masih bernasib baik jom kita cuba menu di bawah ini sebelum penyakit datang bertamu... Hmm... Macam berat je nak mencuba. Tak sanggup ke? Hihii...

6 WAKTU MAKAN YANG INDAH BERSAMA MENU-MENU YANG MUDAH.

1) SARAPAN PAGI ~7 pagi

2 keping roti meal penuh@1 keping pancake+madu asli@2 keping roti bawang putih
1-2 biji telur ayam kampung direbus
1 gelas jus buah-buahan segar
2 biji kurma
Image result for roti bawang putih
Gambar hiasan

2) MAKAN PAGI ~10 pagi
1 gelas air masak
1 cawan teh halia@koko panas+gula perang
1 potong kuih dari gandum@beras yang dikukus@dibakar

3) MAKAN TENGAHARI ~12@1 tengahari
1 cawan nasi putih
1 mangkuk kecil sup ayam@daging tanpa ditumis
1 piring sayur@ulam-ulaman
1-2 potong buah-buahan segar
1 gelas air masak

4) MINUM PETANG ~4 petang
1 gelas air masak
1 cawan kopi@teh panas+gula perang
1 potong kuih dari beras@gandum yang dikukus@dibakar
1 cawan bubur barli@gandum@kacang hijau@pulut hitam@labu, kurang manis dan kurang lemak

5) MAKAN MALAM ~7@8 malam
1 cawan nasi putih
1 ekor ikan saiz sederhana dibakar@direbus@dikukus
1 mangkuk kecil sup sayur-sayuran@1 piring ulam-ulaman
1-2 potong buah-buahan segar
1 gelas air masak

6) MAKAN LEWAT MALAM(hanya jika perlu)
1 gelas air masak
1 gelas susu kambing@lembu segar@tepung
1 potong kek buah-buahan@1 keping pancake+madu asli


Image result for resepi pancake laman sutera
Gambar hiasan

Bagaimana? Boleh ikut tak rasa-rasanya. Berat? Hmm... Tepuk dada tanya selera, tanya hati, tanya iman. Sebenarnya saya sendiri pernah mendengar penerangan tentang saranan pemakanan sihat dari pakar kesihatan suatu masa dulu. Menu yang mereka sarankan adalah lebih "berat" dari apa yang saya berikan di atas. Nasi putih setengah cawan je awak.... Hihii... Meleleh air liur awak... Terkebil-kebil tengok nasi panas depan mata tapi tak boleh makan. Adoi...

TIP/PANDUAN

*Mulakan hari anda dengan segelas air masak.

*Elakkan mengunyah atau makan makanan ringan diantara waktu-waktu makan tersebut(sebelum dan selepas waktu makan yang ditetapkan).

*Makanlah mengikut cara Rasulullah S.A.W. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

*Makan seadanya dan sederhana saja setiap kali makan dengan mengikut masa.

*Amalkan juga pemakanan sunnah seperti madu, kismis dan kurma setiap hari.

 *Kurangkan makan makanan berperisa, berlemak@berminyak, terlalu pedas dan terlalu masam atau yang dijeruk.

*Hentikan minum minuman yang terlalu panas, sejuk dan bergas@berkabonat.

*Elakkan makan makan segera, makanan ringan dan makanan yang disimpan terlalu lama.

*Ambil makanan tambahan atau vitamin dengan meminta nasihat doktor terlebih dahulu.

*Buat pemeriksaan kesihatan (medical checkup) setiap 6 bulan sekali atau mengikut nasihat doktor.

SEMUA INFO,TIP DAN MENU DI ATAS ADALAH ANTARA AMALAN DAN CADANGAN PENULIS SAHAJA. SILA RUJUK DOKTOR ANDA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI TENTANG PEMAKANAN SIHAT YANG MANA DAPAT MEMBANTU ANDA UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN DAN MENDAPAT BENTUK BADAN IDEAL SERTA KELIHATAN AWET MUDA.


KLIK DI SINI untuk contoh-contoh menu/masakan yang sihat.

Sekian.
~ Terima Kasih ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: Ozie Mahsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...