Sunday, August 20, 2017

* CERITERA ALAM ~ GELAGAT ORANG BILA TELAN UBAT

Macam-macam cara dan gelagat bila orang makan ubat. Nak gelak pun ada, geram pun ada kalau kita perhatikan. Hihi... Di bawah ni cara-cara yang pernah saya jumpa. Jom tengok cara mana 'kena' dengan anda.

1. Makan pil hancurkan dulu dalam air suam baru minum.

2. Kerat pil kecil-kecil dan telan satu-satu.

3. Hancurkan pil menjadi serbuk kemudian makan disusuli air.

4. Buka sarung capsul dan tuang dalam air baru diminum(Macam tu ka?).

5. Tutup hidung bila makan ubat dalam bentuk cecair sebelum telan.

6. Buka mulut sebesar-besarnya, letak pil atau kapsul jauh ke dalam tekak sebelum telan bersama air(saya yang tengok pula rasa nak termuntah).

7. Telan selamba je tanpa minum air(saya yang tersiksa melihatnya). Hahaa....

8. Dongak sampai sakit tengkuk masukkan ubat dan air siap tutup mulut takut ubat terkeluar balik.

9. Masukan ubat dan minum air selamba macam tak telan apa-apa.

10. Masukkan ubat minum air. Terkeluar balik ulang lagi entah berapa kali sampai pil pun dah naik kembang dan amik masa dekat setengah jam(saya yang tunggu ni bukan naik bosan je tapi naik marah pun ada).

11. Buat pil macam gula-gula. Kemam-kemam tolak dengan air. Pahit pun buat selamba.

12. Tutup mata dan hidung bila minum ubat bentuk cecair.

13. Pegang ubat di tangan dan segelas air kat tangan kiri tapi dekat setengah jam baru boleh telan. Ambik mood katanya.

Hahaa.... Macam-macam ragam kann... Itu yang saya jumpa. Kalau anda jumpa yang lebih teruk lagi bolehlah kongsikan.

T.kasih kerana sudi membaca.

Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan.

Terima kasih.
Sila datang lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...