Tuesday, January 24, 2017

* HARUMAN LUQMAN PERFUME 4 IN 1

HARUMAN LUQMAN GIFT SET
4 in 1 (4x3 ml)

*Qasidah
Menaikkan seri wajah
Mengeratkan kasih sayang
Menghilangkan stress
Lebih fokus pada pelajaran/pekerjaan

*Seroja
Pendinding dan penawar sihir
Pembenteng makhluk halus
Anak-anak nakal dan malas
Pati mandi bunga

*Baiduri
Terapi untuk berat badan
Terapi untuk mengawal nafsu negatif
Mengawal emosi
Lebih berkeyakinan

*Selasih
Pendinding/penawar sihir
Pelaris perniagaan
Memberi kesegaran
Selsema, batuk dll
Pati mandi bunga

Harga: RM 24 sekotak
WhatsApp: 019 284 3625

~Pati
~Tahan lebih 8 jam
~Berasaskan kasturi
~Dengan bacaan doa syifa
~Produk Malaysia
~Buatan Muslim

*Berminat untuk jadikan hadiah buat yang tersayang? Kami boleh poskan terus ke alamat penerima. Pm kami segera untuk penghantaran serendah rm7 termasuk pembungkusan dan kad percuma.

Monday, January 23, 2017

* PERKHIDMATAN PENGHANTARAN HADIAH

*GIVE A GIFT ENTERPRISE*
SA0349372-P

GP 6, Ground FLoor, Aeon Big, Bukit Rimau, Sec 32, Shah Alam, Selangor.

Pelanggan dihormati!!!

Khas untuk anda....

*PERKHIDMATAN TERBAIK dari kami!!!

✅Anda sibuk dan tiada masa untuk cari barang???
✅Nak buat "surprise" untuk yang tersayang???
✅Mahu penghantaran serendah RM7 termasuk pembalut dan kad PERCUMA???
✅Ingin kami hantarkan barang terus ke alamat penerima???

Jangan bimbang, kami akan pos atau hantarkan untuk anda.

WhatsApp: *019 284 3625*

*Anda boleh pilih mana-mana produk dari album kami di page GIVE A GIFT https://www.facebook.com/giveagiftenterprise/ atau anda boleh "request" apa saja produk di luar dan kami akan cari dan hantarkan terus kepada penerima untuk hari istimewa mereka....

*HARI JADI
*PERKAHWINAN
*ULANG TAHUN
*UCAPAN TAHNIAH
*KONVOKESYEN dll....

*Contoh-contoh hadiah atau barang-barang yang boleh kami hantar...

Flower bouquet
Chocolate bouquet
Set penjagaan diri
Set penjagaan kulit
Set makananan kesihatan
Set wangian/perfume
Buku-buku
Aksesori wanita
Jam tangan
Permainan
Pakaian
Tudung
Dll.

WhatsApp: *019 284 3625*

~ Thank You ~

Thursday, December 29, 2016

* AKU HANYA SEORANG PENULIS BLOG

Image result for menulis di papan kekunci

"Aku hanya seorang penulis blog". Merendah diri bunyinya. Namun, itulah realitinya apabila saya hanya mampu miliki ruang sebegini untuk meluahkan apa yang tersirat dan berkongsi sesuatu yang boleh memberi manfaat. Pun demikian keadaannya, saya tetap bersyukur saat menyedari bahawa bukan semua orang mampu melakukan kerana menulis bukanlah semudah yang orang lain fikirkan. Pada saya, untuk melahirkan 1 entry yang ringkas begini pun, kita perlukan idea, sedikit ilmu serta "bakat" berfikir dan daya kreativiti yang tinggi. Untuk semua perkara itu pula, kita perlu ada komitmen dan sanggup korbankan sedikit masa yang ada. Jika salah satunya tiada, hasil penulisan mungkin menghampakan kerana tiada kesempurnaan dari sudut penyampaian.

Dan lagi, untuk menulis kita juga perlu ada fokus dan matlamat agar isi cerita lebih bermanfaat serta tidak mengundang kontroversi hangat. Bukan setakat suka-suka dengan menulis sebaris dua. Jika kita sendiri pun tidak dapat rasa kepuasannya apalagi orang lain yang membaca. Jadi, alang-alang kita menulis biarlah berbaris-baris. Alang-alang orang membaca biarlah dapat manfaatnya. Hehee...

Walaupun kita hanya seorang penulis blog, namun untuk menulis kita juga harus ada rasa tanggungjawab dan mempunyai etika. Tidak menulis sembarangan yang boleh memberi kesan dan pangaruh negatif kepada orang yang membaca. Tidak bertujuan menyakiti, memfitnah, mengutuk atau menghentam mana-mana pihak atau pun sesiapa kerana menulis umpama berkata-kata tanpa suara. Kesannya tetap sama dirasa malah mungkin lebih parah lagi kerana sebaris ayat "tidak murni" yang kita lahirkan bakal dibaca oleh ribuan insan di bumi Tuhan. Maka itulah pentingnya ketelitian dalam menghasilkan penulisan yang lebih berisi dan mampu memberi kesan positif di hati.

Kesimpulannya, jika hasil tulisan kita baik ditambah lagi dengan tajuk entry yang mempunyai kata kunci yang mudah dicari maka tiadalah lagi istilah "syok sendiri" seperti yang dilabelkan oleh sesetengah orang kepada penulis blog, kerana sudah tentulah entry kita itu terus menjadi carian terbanyak oleh para pembaca blog dari serata dunia. Ok! Jom kita perbaiki segala kekurangan yang ada supaya kita akan menjadi penulis blog yang ada "harga".

Sekian.

Aku yang sedang diuji...
~ Ozie Mahsa
~ Thank You ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...