Updated
# Resipi kuih kosui/kaswi ini adalah resipi asli. Ia tidak menggunakan gula pasir dan bahan-bahan asing seperti kicap dan serbuk koko.
# Sukatan menggunakan cawan.
Click images to view actual size
KUIH KOSUI/KASWI
Bahan-bahannya:
(A)
1. Tepung gandum ~ 1 setengah cawan
2. Tepung jagung/sagu ~ Setengah cawan
3. Gula merah ~ 2 cawan
4. Garam halus ~ Suku camca kecil
5. Air ~ 4-5 cawan atau secukupnya (ikut lembut)
6. Kapur makan (bancuh dengan sedikit air) ~ Suku camca teh
(B)
1. Garam halus ~ Secukupnya
2. Kelapa muda ~ diparut (putih sahaja) untuk hiasan dan penambah rasa
Cara membuatnya:
1- Campurkan kesemua bahan (A) ke dalam bekas kecuali air dan kapur.
2- Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur. Masukkan air kapur, kacau lagi.
3- Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug plastik supaya mudah untuk dituang ke dalam acuan (kecil).
4- Tuang bancuhan ke dalam acuan kecil yang telah disapukan sedikit minyak.
5- Kukus selama 15-20 minit. Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
6- Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
7- Hidangkan bersama bahan (B) (yang telah digaul rata) mengikut cara anda.
Jumlah hidangan:
Lebih kurang 38 biji (acuan lompang)
Nota:
- Sekiranya anda menggunakan loyang (7 inci), kukus selama 30-45 minit.
- Jika anda tidak suka manis boleh kurangkan sedikit sukatan gula merah.
- Anda boleh juga mencairkan dahulu gula merah dengan 1 cawan air di atas api (sehingga gula cair) dan kemudian biarkan suam sedikit dan ditapis sebelum dicampurkan ke dalam bahan lain.
- Warna kuih juga bergantung kepada jenis dan jenama gula merah yang anda guna.
*Ini adalah post paling tinggi paparan halamannya di blog LAMAN SUTERA dengan 200,681 "pageviews" setakat 17 Oct 2019.
~ Thank You ~
---------------------------------------------------------------------
SPONSORED BY:
GIVE A GIFT ENTERPRISE
SA0349372-P
HP: 019 284 3625
MINYAK WANGI HARUMAN LUQMAN
Sebagai hadiah |
Produk muslim
HARUM DAN BERKAT
Thanks kak for the recipe..bagi kat kawan resipi nih..dia wat..katanya lembut!
ReplyDeleteYou're welcome. Alhamdulillah.
DeleteThanks 4 the recipe. Nak try buat lah petang nanti. Oh ye nanti ada masa singgah2 blog saya pula yee
ReplyDeletehttp://www.mamafisya.com/
Baru terlintas nak makan kuih nie, terjumpa pula resipi..apalagi harus dicuba.
ReplyDeleteSaya akan kongsikan pula di blog saya jika berjaya membuatnya ya...
Eyma..silakan..
Delete10q sis...mudah..simple..dan part yang best...menjadi...syukur Alhamdulillah..cuma dari segi rupa tu kureng ckit..hehehe...pic ade kat blog sy...
ReplyDeleteIbu Ann...yang penting sedap kan...
DeleteTku. Menjadi. Sedap pulak tu. Minta izin utk guna pakai resepi ini.
ReplyDeleteTq. juga...silakan
DeleteAssalamualaikum admin tuan empunya blogger ini.. Btw, selamat pagi Kak Ozie Mahsa.. Saya nak tanya psl bahan2 blh tak kalau tukar bahan tepung sagu tue tukar kpd tepung ubi?
ReplyDeleteKuza, maaf akak tak pasti sbb tak pernah guna tepung ubi..hihii...
DeleteSedap...tk atas resepi...sya cuba guna tepung ubi sikit....ok la..menjadi jugak...
ReplyDeleteKlasik kuih ni..
ReplyDelete