Thursday, August 15, 2013

* RESIPI/RECIPE ~ KUAH KACANG/SAMBAL KACANG (UDANG KERING)

Click images to view actual size



KUAH KACANG/SAMBAL KACANG

Bahan-bahannya:
1. Kacang tanah - 250 g
2. Udang kering - 200 g
3. Bawang besar - 1 labu
4. Bawang putih - 1 labu
5. Halia - Setengah inci
6. Cili giling - 4/5 camca besar (saya guna cap Puteri)
7. Serai - 3 batang (titik)
8. Gula merah - 3 camca besar
9. Gula pasir - 5/6 camca besar (ikut rasa)
10. Garam - 1 camca kecil
11. Air - 8 gelas
12. Minyak masak (secukupnya untuk menumis)

Cara membuatnya:
1. Sangai kacang tanah (goreng tanpa minyak) dengan api yang kecil hingga kacang masak dan mudah ditanggalkan kulitnya.
2. Setelah sejuk buang kulit (jika perlu) dan kisar (jangan terlalu halus) dan ketepikan.
3. Kisar bahan 2,3,4 dan 5 kemudian tumis dalam kuali (dengan minyak secukupnya) bersama cili giling hingga naik minyak dan berbau wangi.
4. Kemudian masukkan kacang yang telah dikisar tadi, air dan serai. Biarkan mendidih dan sehingga kuah menjadi pekat.
5. Sebelum api ditutup masukkan garam, gula merah dan gula pasir.



Jumlah hidangan:
8-10 orang (untuk lebih kurang 20 ketul ketupat).

Nota:
Kuah atau sambal kacang ini boleh juga dimakan bersama sate, ketupat, nasi impit, tahu sumbat, cucur udang, roti dan sebagainya.


* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

1 comment:

  1. Peberettt nie dari dulu sambal kacang dgn ketupat. Btw tq 4 the recipe. Nak try buat lah nanti. Macam sonang je. Hihihi. Ade masa nanti singgah2 ye lawat blog saya plak ye http://www.mamafisya.com/ :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...