Friday, August 16, 2013

* RESEPI ~ CHOCOLATE COATED CORN FLAKES/EMPING JAGUNG BERSALUT COKLAT




Bahan-bahannya:
1. Chocolate compound/bar (Milk/Dark) - 250g (saya guna coklat Beryl's)
2. Corn flakes - 150g atau secukupnya (saya guna Nestle)
3. Manik gula-gula/coklat urai - Secukupnya (jika suka)
4. Cawan kertas (kecil) - Secukupnya

Cara membuatnya:
1. Masukkan coklat yang telah dihiris nipis ke dalam bekas dan panaskan dengan meletakkan bekas di atas satu lagi bekas yang sedang mendidih (double boiler) dan panaskan hingga hampir cair.
2. Angkat dan kacau coklat hingga rata dan tidak berbiji. Masukkan corn flakes dan gaul rata sehingga keseluruhan corn flakes disaluti coklat.
3. Masukkan ke dalam cawan kertas dengan menggunakan penyepit sedikit demi sedikit hingga selesai dan taburkan dengan manik gula-gula/coklat urai (chocolate rice).
4. Biarkan sejuk dan beku (untuk lebih cepat boleh juga masukkan sebentar ke dalam peti sejuk, tapi pastikan bintik-bintik wap pada corn flakes hilang sepenuhnya) sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.


Jumlah hidangan:
50-60 biji.

Nota:
- Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk dan dimakan sejuk.
- Boleh juga dicampurkan dengan kacang badam (cincang) yang telah digoreng (tanpa minyak) jika suka.
- Jumlah coklat bergantung kepada kehendak anda samada inginkan salutan coklat lebih tebal atau nipis.


* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...