Monday, November 25, 2013

* RESIPI ~ KEK/PUDING BATIK MARIE (ASLI DAN LEMBUT)

Resipi Kek/Puding Batik Marie ini adalah resipi lama/asal yang tidak diubahsuai bahannya (saya buat mengikut sukatan sendiri). Ia tidak menggunakan coklat masakan dan tidak mencair serta melekit jika cuaca panas serta biskutnya pula tidak keras berderai atau kering sehingga bertabur ketika kita mengunyahnya.

Click image to view actual size



Bahan-bahan:
1. Biskut Marie (Tiger) ~ 250g dipatahkan 4
2. Milo ~ 1 cawan atau lebih sedikit
3. Serbuk koko (VanHouten) ~ Setengah cawan 
4. Susu pekat ~ 1 setengah cawan
5. Air ~ 1 cawan
6. Minyak jagung/margerin (Planta) ~ Suku cawan
7. Telur ~ 3 biji
8. Garam halus ~ Secubit dua

Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan kecuali biskut Marie, ke dalam kuali dan kacau rata dengan pemukul telur (egg beater).
2. Buka api dan masak sehingga pekat sambil dikacau tanpa henti.
3. Bila hampir pekat masukkan biskut dan tutup api. Kacau sehingga rata kemudian tuang ke dalam bekas atau acuan dan tekan sehingga padat.
4. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.

Nota:
- Sebelum disimpan dalam peti sejuk, pastikan kek/puding tidak dalam keadaan masih panas.
- Pastikan kek/puding betul-betul sejuk sebelum dipotong supaya tidak kelihatan comot dipermukaan kek yang dipotong.
- 250 gram biskut Marie, lebih kurang 1 loyang penuh (7 inci dasar) setelah dipatahkan.
- Sebaiknya gunakan acuan atau bekas plastik yang lembut supaya kek/puding mudah dikeluarkan apabila ditekan bahagian bawahnya ketika ditelangkupkan ke atas pinggan hidangan.
- Untuk mendapatkan hasil yang sempurna, kita harus pandai mengagak masa bila biskut hendak dimasukkan. Jika terlalu awal biskut akan menjadi lembik manakala jika terlewat (adunan terlalu pekat) biskut masih dalam keadaan keras.

Tip:
Jika biskut masih keras semasa dipotong, kukuskan sebentar kek tersebut sehingga biskut menjadi lembut (Jangan lakukan cara ini sekiranya resepi anda menggunakan 'chocolate compound' dalam bancuhan, kerana kek/puding anda mungkin akan cair dan melekit).

~ Thank You ~

4 comments:

  1. saya rajin juga layan anak buah buat kek batik . bezanya ada telur . thanks share ...

    ReplyDelete
  2. Yg ni pun lama dah x merasa.. last sekali time raya yg lepas. Mmg best especially klu makan sejuk2 kluar dari freezer.. cool.. :D

    ReplyDelete
  3. Kak, resepi ni hampir sama dengan yang saya buat. Cuma saya memang langsung tak guna serbuk koko atau coklat. Tapi guna milo yang banyak. Lagi sedap. hehe.

    Buat untuk sedap dimakan sendiri je. Hehe.

    ReplyDelete
  4. tengok menarik dan macam senang je nak buat kan...mesti sedap

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...