KUPU-KUPU BIRU
Lipur laraku melihat sang kupu-kupu biru
terbang gah dengan sayap indah
dan sinaran warna asli bak sutera wangi
tenang beraksi pada kuntumnya melati
hinggap mesra di ranting kayu
sesekali melintas lalu di jenang mimpiku
menambah ria di benak kalbu
lalu terlerailah kelopak rinduku satu persatu
dan terbina kembali ghairah rimbunnya cinta
yang terbiar layu sekian lama ...
Biarpun diulit sepi dan sunyi
kelam malamku bagaikan sakti
tiada lagi ku endah ngerinya mimpi
rela ku redah saat sukar yang menguji
kerana ku tahu pasti si kupu-kupu biruku
masih di sisi setia menanti
hingga tiba saatnya aku terjaga semula .....
By: * Suri Sutera (14th. February 2013)
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA