Wednesday, February 13, 2013

* PAHALA SELEPAS MATI




Anas r.a. berkata, "Ada 7 pahala yang akan tetap diterima oleh seseorang itu apabila ia mati kelak:

1 - Orang yang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat beribadah.
2 - Orang yang mengalirkan air sungai selagi mana orang tetap menggunakannya.
3 - Orang yang menulis musyaf selagi masih ada orang yang membacanya.
4 - Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang memanfaatkannya.
5 - Orang yang menanam pohon buah-buahan selagi ada orang yang memakan buahnya samada manusia ataupun binatang.
6 - Orang yang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka yang mempelajarinya.
7 - Orang yang meninggalkan anak yang soleh. Anak itu sentiasa mendoakan akan kesejahteraan kedua orang tuanya.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda, katanya, "Apabila telah mati anak Adam maka terputuslah semua amal ibadahnya kecuali pada 3 perkara:

1 - Sedekah jariah.
2 - Ilmu yang berguna dan dimanfaatkan pengamalnya.
3 - Anak yang soleh yang tidak lupa mendoakan ibubapanya.

Source: Diari Islamiah.

* Please CLICK HERE to see more.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...