Petua Untuk Kurangkan Berat Badan Secara Semulajadi
Cara 1. Limau Nipis
Ambil 1 biji limau nipis dan belah empat. Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh suam yang agak pekat (tanpa gula). Minum setiap malam sebelum tidur.
Cara 2. Nenas
Sediakan nenas yang tidak terlalu masak, kupas dan bersihkan. Potong mengikut keperluan dan parut untuk diambil jusnya. Minum dua kali sehari.
Cara 3. Daun Delima
Ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.
Cara 4. Lobak Merah
Ambil dua atau tiga batang lobak merah. Dibersihkan, diparut dan perahkan jusnya. Minum dua kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.
Cara 5. Halia
Rebus 5 inci halia yang sudah dibuang kulitnya dengan 3 gelas air, sehingga menjadi kurang dari segelas dan minum ketika masih suam. Amalkan setiap hari selepas makan.
Halia |
Ambil setengah cawan asam jawa dan campurkan 1 gelas air suam. Ramas sehingga isi asam jawa terlerai bijinya. Tapis dan minum setiap hari selepas makan.
Cara 7. Pati Oren
Minum pati oren berkualiti tinggi yang terdapat di pasaran seperti Sunquick contohnya(jangan tambah gula) yang dicampur dengan segelas air putih dan minum 1 gelas di sebelah pagi dan 1 gelas di sebelah malam, setiap hari. Atau amalkan makan 2 biji buah oren segar (berkualiti tinggi) setiap kali selepas bersarapan dan selepas makan malam.
Nota: Anda boleh pilih salah satu dari cara-cara di atas dan amalkan secara konsisten. Selamat mencuba!
Source: E-media + Personal collections.
PERINGATAN!
1. Cadangan di atas mungkin tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
2. Sila minta nasihat doktor anda terlebih dahulu sebelum mengamalkan sebarang petua.
3. Makan makanan yang seimbang untuk amalan diet anda disamping mengamalkan sebarang petua atau tip.
* Please CLICK HERE to see more tips.
~ Thank You ~
Perkongsian yang best. :)
ReplyDelete;) tips berguna....
ReplyDeletehttp://babyeulfah.blogspot.com
Kena cuba nie...
ReplyDeleteAda yang minum Sunquick sementara diet lepastu meniggal disebabkan usus dia jadi masalah.
ReplyDeleteMungkin lebih baik minum fresh oren dan cari info tepat untuk sukatan dan masa yang betul untuk diet ini.
Delete