Thursday, June 13, 2013

* RESIPI ~ APAM COKLAT KUKUS



Bahan-bahannya:
1. Tepung gandum - 1 cawan
2. Gula merah/perang/pasir - setengah cawan
3. Susu pekat - setengah cawan
4. Minyak kelapa/jagung/kacang - setengah cawan
5. Air - setengah cawan
6. Serbuk penaik (baking powder) - 1 camca kecil (lebih sedikit dari paras rata)
7. Telur - 1 biji (gred A)
8. Serbuk koko - 2 camca besar (penuh)
9. Garam halus - secubit (jika suka)

Cara membuatnya:
1. Panaskan air di dalam periuk pengukus.
2. Sementara itu sukat dan masukkan bahan kering ke dalam bekas dan gaul rata dengan pemukul telur.
3. Masukkan pula bahan lain satu persatu dan kacau sebati.
4. Tuang atau salinkan bancuhan ke dalam jag yang bermuncung untuk memudahkan kerja anda.
5. Tuang bancuhan ke dalam cawan kertas (tinggalkan sedikit ruang untuk apam mengembang).
6. Kukus selama 15-20 minit atau bergantung kepada berapa banyak jumlah apam yang anda muatkan ke dalam pengukus.


Photo


Jumlah hidangan:
Lebih kurang 15 biji (acuan mafin yang kecil sekali)

Nota:
- Saya bancuh terus dalam jag bermuncung kerana ia lebih mudah.
- Saya gunakan cawan mafin untuk dapatkan hasil apam yang merekah (senyum) dengan baik. Sebab pernah juga cuba gunakan acuan plastik (lompang) tapi hasilnya tiada 'senyuman' ...hehee.....
- Untuk resepi di atas, saya gunakan minyak jagung dan gula merah berwarna perang.
- Pastikan air benar-benar mendidih sebelum mengukus.
- Resepi asal menggunakan minyak masak biasa, gula pasir, soda bikarbonat dan tanpa garam.

* Please CLICK HERE to see more RECIPES.

~ Thank You ~

-----------------------------------------------------------------

SPONSORED BY:

GIVE A GIFT Enterprise
SA0349372-P

WhatsApp: 019 284 3625

LONGCHAMP

Casual bags

*NEO LE PLIAGE LONG STRAP

Material: Lightweight nylon canvas

Size: Small 25cm, Medium 32cm




*Original *Ready stock *Free postage

3 comments:

  1. Resipi yang menarik.. Insyaallah, nanti saya nak cuba yer :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share resepi.anak saya suka apam coklat nih..

    Jom lawat blog saya...

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...