* Kembangkanlah filsafat hidup yang memajukan diri dan kegiatan anda, bukannya yang mengundurkan diri dan menggagalkan kegiatan. - William O. Uraneck
* Jika orang yang sudah meninggal itu dibangkitkan semula dari kuburnya kemudian dia menerangkan kepada penduduk dunia berkenaan dengan kematian, nescaya mereka tidak akan mengejar kenikmatan dalam kehidupan dan tidak akan memperbanyakkan tidur. - Syaddad bin 'Aus
* Kecerdasan tidaklah menjamin keselamatan kalau nilai rohani keagamaan tidak dijadikan dasarnya. - Hamka
* Kedatangan Islam tak ubahnya seperti sebuah mata air yang memancar pada sebidang tanah, airnya mengalir ke bidang-bidang tanah yang lain menyebabkan tanah-tanah yang dilaluinya itu menjadi subur, padahal sebelumnya ia adalam tanah gersang yang mati. - Muhammad Abduh
* Keinginan agar keistimewaanmu diketahui oleh orang lain, adalah sebagai bukti tidak adanya kejujuran dalam kehambaanmu. - Ahmad Atha'illah
* Kekuatan yang paling menyegarkan jiwa ialah agama yang sihat, tidur serta ketawa. Oleh itu percayalah kepada Allah, tidurlah dengan sempurna dan lihatlah segi hidup yang menyenangkan. Pasti anda akan sihat dan bahagia. - Israel Bram
* Kejahatan dan dosa itu mengotorkan jiwa dan menghalang masuknya keimanan ke dalam hati. - Hukamak
* Orang yang dikatakan kaya ialah orang yang suka memberi, bukan orang yang memiliki banyak harta. Sedangkan orang baik ialah orang yang membuka tangannya dan menutup mulutnya. - Hukamak
* Kehormatan diri itu tidak dapat dibeli atau dinilai dengan harta benda melainkan dengan kejujuran dan kemuliaan hati. - Hukamak
* Seorang yang dinamis pasti memiliki kemampuan untuk membawa variasi dan ghairah yang segar dalam hubungan rumahtangganya sehingga sentiasa nampak baru walaupun perkahwinannya sudah puluhan tahun. - Carl G. Geoller
CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA