Wednesday, July 13, 2011

* SAJAK ~ DILEMA WANITA


                                                                 
* DILEMA WANITA

Semalam
usia masih muda
raut wajah masih ceria
kulit halus, bibir mulus
merdu suara bagaikan lagu
senyuman manis laksana madu
gelak tawa sengaja dicatu
langkah teratur seperti ratu
lembut bicara seolah direka
bersinar mata umpama permata
tubuh langsing, ramai menjeling
suami cemburu dipeluknya bahu
sayang sungguh isteri yg ayu ...

Hari ini
hampir digelar warga emas
gerak langkah semakin culas
pandangan mata dah kurang jelas
senyuman pula semakin tawar
raut wajah memang dah pudar
kulit yang halus dah makin kasar
kalau bicara hampir tak didengar
berat badan pun bertukar angka
orang melihat macam tak suka
suami sendiri dah pandai mencaci
kalau memandang seakan benci ....

By: * OZIE MAHSA - Selangor

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...