PUDING ROTI PELANGI |
Bahan-bahannya:
20 gram agar-agar (jelly strip) dijirus dalam penapis dan toskan
1500 ml air
1 tin susu pekat manis (505 gram)
3 keping roti tanpa kerak (direndam dan dihancurkan dalam 100 ml air)
3-4 jenis pewarna (ikut citarasa)
Cara membuatnya:
Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Kemudian masukkan susu pekat (sambil dikacau supaya susu tidak hangus) dan disusuli roti. Masak sebentar lagi hingga mendidih. Angkat dan tuang sebahagian (yang masih belum diwarnakan) kedalam loyang atau acuan sebagai asas puding. Bakinya dibahagikan dan diwarnakan. Tuang warna yang pertama sesenduk demi sesenduk (biarkan bertompok-tompok) diikuti dengan warna-warna yang lain. Sejukkan dan simpan ditempat biasa hingga hilang kepanasan sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Nota:
* Lebihkan bahagian yang berwarna coklat (serbuk koko/coklat) untuk lebih sedap sekaligus menghilangkan bau roti.
* Untuk bahagian yang berwarna coklat, bancuhkan serbuk koko/coklat (1-2 camb) dengan sedikit air panas.
* Puding yang terlalu lama berada didalam peti sejuk akan menjejaskan rasa dan warnanya.
* Sebaiknya gunakan roti jenis lama (roti benggali) atau yang mudah hancur bila direndam dengan air.
Jumlah hidangan:
* Untuk saiz seberat 100 gram = lebih kurang 40 potong.
* Please CLICK HERE to see more RECIPES.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA