Wednesday, February 1, 2012

* CERITERA ALAM ~ BERDIAM DIRI ITU LEBIH BAIK

The words reflect your personality. If you mistakenly say, you will not only be embarrassing yourself, but you will hurt others as well.

Sorry then if I mistakenly said ....
~ Ozie
           
                                       
                                                                         As the saying goes, "Silence Is Golden" atau "Berdiam Diri Itu Lebih Baik". Hmm... Pernahkah anda memperaktikkannya..? Jika pernah, setakat mana kata-kata itu berkesan kepada anda dan apakah kebaikan yang anda perolehi...? Jawapannya... ada di tangan anda....hehee...

                                                             Pada saya, itu adalah perkara yang terbaik buat menyelesaikan segala permasaalahan setiap kali berlakunya pertengkaran. Biarpun ia memerlukan bukan sedikit tapi banyak kesabaran namun hakikatnya itulah yang membantu. Sepertimana yang anda tahu, orang yang sabar disayangi Tuhan, maka kalau kita ikhlas sudah pastilah ada ganjarannya baik di dunia mahu pun di akhirat.


                                                              Jika difikirkan secara rational, buat apalah bertikam lidah untuk sesuatu yang remeh sedangkan kita sedia maklum bahawa 'lawan' kita itu tidak akan pernah mahu beralah apatah lagi mengakui kebenaran. Berbalah bukan jalan terbaik meleraikan kekusutan malah menjadikannya lebih buruk lagi. Bak kata orang negeri sembilan, buek apolah dilayan, mengabihkan boreh yo...hehe... betullah tu kan...? Dari kita menambah dosa diatas keterlanjuran bicara dan kata maka baiklah didiamkan saja walaupun pada hakikatnya kita berhak bersuara... Nah! Hasilnya kita akan menjadi lebih tenang.....and, I believe, the truth will be with us and it will fix everything... so, let it go and duduk diam-diam or just turn on your "engine" and start something more challenging. Wah! Berkobar-kobar semangat....macam boleh je...hehee.... Insya Allah saya boleh!

        
                                    
                                                                Kesimpulannya, kesabaran memang teramat penting dalam menangani setiap permasaalahan sewaktu menjalani kehidupan ini...kerana selagi kita masih bergelar manusia, maka selagi itulah kita akan diuji dengan berbagai masaalah. Pun begitu, berdiam diri, tidak beerti kita kalah atau menyerah, tetapi sebenarnya cuba menerima ujian itu sekali gus menjernihkan keadaan. Sesungguhnya ujian yang Allah datangkan itu adalah sebaik-baik cara dalam meningkatkan keimanan kita ... Wallahualam ...!

* Please CLICK HERE to see more stories.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...