When you miss me, then pray for my happiness.....
~ Ozie
~ Ozie
Lazimnya, sesuatu yang istimewa akan sentiasa menjadi sebutan dan terus kekal dalam ingatan sekalipun yang istimewa itu tidak lagi berada di depan mata. Malah semakin kita cuba mengingati, semakin dekat pula ia berada di hati kita. Maka, tanpa kita sedari apatah lagi meminta, wujudlah satu perasaan yang dinamakan rindu. Hmm...rindu pada kenangan lalu mungkin, atau lebih parah lagi kalau rindu kepada seseorang yang berada jauh dari kita. Kepada yang masih single pastilah anda akan merindui kekasih, rakan-rakan dan keluarga anda... atau mungkin ada juga yang rindu kepada haiwan peliharaan kesayangan masing-masing seperti kucing, hamster dan sebagainya. Tetapi kepada yang telah pun berumahtangga, maka lebih banyak atau ramailah lagi orang yang akan menjadi mangsa kerinduan mereka, terutama kepada yang terpaksa duduk berjauhan demi menjalankan tugas dan menunaikan tanggungjawab masing-masing.
Ironinya, orang yang paling banyak dan kerap dilanda perasaan rindu ini adalah kaum wanita. Hmm... Kesian kan..hehee.... Sudah lah rindu kepada ibu dan ayah serta keluarga di kampung, terpaksa pula rindu kepada suami yang sering bekerja di luar kawasan, dan lebih 'sakit' lagi bila merindui anak-anak yang sedang belajar di pusat-pusat pengajian tinggi atau lebih 'parah' lagi kalau ada anak-anak yang belajar di luar negara... Aduh!! Sakitnya menanggung rindu... hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi apakan daya kita manusia, mahu tidak mahu, suka atau tidak suka...kita harus redha dan pasrah akan hakikat kehidupan yang menuntut kita untuk sentiasa bersabar dengan setiap ujian yang telah ditentukan.
Oleh kerana tiada seorang manusia pun di dunia ini yang akan terlepas dari merasai perasaan yang unik anugerah dari Allah ini, maka tiada apalah yang perlu dihairankan sangat... Cuma yang patut kita sama-sama fikirkan ialah bagaimana cara untuk mengatasi perasaan rindu ini... dan tentunya setiap orang mempunyai cara dan tindakan yang berbeza buat mengatasi 'masalah' yang tidak kurang seriousnya ini. So, pandai-pandailah bawa diri kata orang kan..!! Dan sudah pastilah, jalan dan cara yang terbaik, adalah berdoa sebanyak mungkin dengan memohon kepada Allah agar diringankan beban perasaan itu. Selain itu, mungkin kita boleh gunakan peluang ini, untuk pergi menziarahi sanak saudara atau rakan-rakan yang sudah lama tidak ditemui. Tapi ada juga yang suka pergi shopping untuk menghilangkan rasa rindu atau malas nak layan rasa rindu tu...?? Hmm.... Menghabiskan duit namanya tu...hehee..
Walau apapun, terpulanglah kepada kehendak dan niat masing-masing asalkan tidak membazirkan wang dan masa. Apa yang penting, jangan sampai kita memperbodohkan diri atau menyakiti hati orang lain semata-mata untuk melepaskan perasaan. Maalumlah orang perempuan, bila sudah terlalu emosi....ramailah yang jadi sasaran buat melepas rasa yang terpendam. Bila sudah terlalu rindu, mereka akan menjadi sedih dan murung, seterusnya marah marah pula... Boleh sampai ke situ ke...? Hehee.... Hmm.... Tapi, bagaimana agaknya sikap orang lelaki bila mereka berada dalam dilema rindu ni ya...? Hahaa.... Soalan itu orang lelaki yang patut jawab. Akhir kata dari saya, pengurusan masa juga amat penting bagi mengelakkan kita dari terperangkap terlalu lama dalam gelora rindu yang tidak akan pernah berhenti mencuit hati kita.....
Hasil tulisan: * Ozie Mahsa
* Please CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA