Wednesday, February 1, 2012

* CERITA ALAM ~ JANGAN MENYERAH

Just be yourself and do something according to your own capabilities ....
- Ozie

  
                                                                                Tidak semua insan bernasib baik dan dapat apa yang dihajati, walaupun setiap manusia telah pun memasang cita-cita dan impian sejak mereka kecil lagi. Tapi tak perlulah dikesalkan apa yang telah ditentukan Allah kepada kita. Walaupun kita sudah tidak berpeluang untuk meneruskan cita-cita dan impian yang terkandas ditengah jalan itu, tapi kita masih ada alternatif lain untuk berjaya. Mungkin kita masih boleh membina dan mengejar cita-cita atau impian yang baru, sesuai dengan masa dan usia, kerana tentunya mustahil bagi mereka yang telah terlalu lanjut usianya, untuk menyimpan cita-cita ingin memegang segulung ijazah seperti yang pernah diimpikan sewaktu belajar dulu. Hmm.... Justeru itu, kepada mereka yang cita-citanya terkandas, jom fikirkan sesuatu yang boleh kita buat dan capai sementara hayat masih ada...hehee...

                                                                    Tidak perlulah mengejar sesuatu yang tidak mampu untuk kita mencapainya sedangkan banyak lagi peluang sebenarnya yang Allah sediakan. Disisi Allah, erti kejayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada bidang akedemik semata-mata. Kejayaan hakiki mempunyai erti yang sangat luas. Belajarlah menghargai kehidupan tanpa pernah merasa putus asa dengan nikmat Allah yang tidak terkira banyaknya. Kalau otak kita masih boleh berfungsi dan boleh menerima apa saja maklumat, kenapa tidak kita gunakan untuk sesuatu yang lebih berfaedah. Banyak membaca buku-buku contohnya, mungkin juga boleh membantu kita untuk merealisasikan sesuatu, paling tidak pun dapat juga menambah ilmu pengetahuan.

                                                                     Di zaman yang serba canggih ini tidak ada lagi yang mustahil untuk dicapai. Cuma kadang-kadang kita sahaja yang terlepas pandang dan mungkin leka dengan keseronokkan dunia sehingga lupa apa yang perlu dikejar sebenarnya. Tanpa segulung ijazah sekalipun, manusia masih boleh melangkaui sesuatu tanpa diduga. Dengan bantuan media, buku-buku, laman web dan sebagainya, manusia sebenarnya mampu berfikir dan bertindak lebih bijak sekali pun dalam keterbatasan waktu.

                                                                      Kesimpulannya, demi sebuah kehidupan yang lebih sempurna,  marilah kita menjadi insan yang pantang menyerah sebelum kalah. Habiskanlah sisa-sisa hidup ini dengan sesuatu yang dapat memberi manfaat yang tinggi untuk dijadikan bekalan kemudian hari nanti....Wallahua'lam...

By: * Ozie

- Thank You -

2 comments:

  1. baguih...pandangan hidup yang begitu positif..sukex2

    ReplyDelete
  2. Thanks... yang buruk, negatif, keruh semua tu harus dibuang...hehee...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...