Lack of self was not a barrier to enjoy happiness.....
~ Ozie
Assalammualaikum!
Sepertimana yang anda ketahui, setiap manusia pasti dilahirkan dengan berbagai kekurangan dan kelebihan. Ada yang kaya dan ada yang miskin. Ada yang pandai dan ada juga yang kurang bijak. Ada yang cantik dan ada pula yang kurang menarik dan berbagai lagi perbezaan dan perbandingan yang boleh kita lihat dengan mata kasar dari sudut luarannya. Malahan terdapat juga perbezaan dan perbandingan berkaitan kekurangan dan kelebihan ini dari sudut dalamannya. Pun begitu, hari ini saya bukan hendak bercerita tentang kekurangan dan kelebihan dari sudut dalaman, tetapi dari sudut luaran sahaja....hehee....
Lazimnya manusia akan merasa MALU atau merasa rendah diri dengan kekurangan yang dimiliki. Umpamanya bila mereka merasakan bahawa mereka itu kurang menarik, kurang cerdik atau tidak kaya seperti orang lain. Dengan adanya perasaan MALU dan rasa rendah diri, maka ada yang sanggup mengambil langkah kurang profesional seperti mengasingkan diri atau kurang mendedahkan diri dengan masyarakat. Ada juga yang tidak berani bergaul dengan orang lain dan kurang pula melakukan aktiviti luaran hanya kerana mereka kurang yakin dengan penampilan mereka. Hmm.... Kenapalah situasi ini boleh berlaku agaknya ya.... Nah! Itulah persoalan dan fokus utama yang ingin saya utarakan.... Kenapa...?
Kenapa kita harus berasa MALU jika kita memang dilahirkan tidak secantik orang lain? Kenapa kita harus malu jika kita kurang bernasib baik dan tidak hidup mewah seperti orang lain? Kenapa kita harus rasa rendah diri jika sudah ditakdirkan, kita tidak sebijak oang lain? Bukankah setiap apa yang Allah jadikan mempunyai hikmah dan tujuan tertentu? Mengapa harus membebankan fikiran dengan hal-hal yang remeh sebegini sedangkan semua itu bukan matlamat utama untuk kita berada di dunia ini. Allah tidak pernah memandang walau seinci pun kekurangan kita malahan Allah akan limpahi kita dengan ganjaran yang banyak seandainya kita redha dengan segala kekurangan itu. Wah! Pandainya Puan Ozie ni bercakap ya! hehee.... Redhalah dengan kekurangan yang ada? Hmm... InsyaAllah.... kita akan merasa lebih tenang dan bahagia.
Satu lagi persoalan yang sering bermain difikiran saya dan anda yang begitu perihatin mungkin. Kebanyakkan kita hanya berasa MALU, pada hal yang berkaitan dengan kekurangan diri dan seumpamanya, tetapi kita tidak pula berasa MALU dengan hal-hal yang berkaitan dengan dosa. Hmm.... Pernahkah anda mengalami atau memerhatikan situasi yang berkaitan? Dimana-mana sahaja kita pasti akan bertemu dengan orang yang tidak tahu malu bila melakukan sesuatu yang buruk atau bersifat negatif, malah rasa berbangga dengan apa yang dilakukan. Contohnya, wanita yang berpakaian tidak sopan atau menjolok mata dan yang lelaki pula tanpa segan silu merokok dikhalayak ramai sedangkan mereka tahu bahawa perbuatan itu adalah satu dosa. Hmm...Cuba fikirkan...!
Ehh....Ok lah! Dah letih membebel, saya berhenti dulu setakat ini. Kepada yang mahu berfikir, semoga anda mendapat sedikit pengajaran dan kepada yang tidak peka dengan kebenaran, ketahuilah bahawa masa akan merubah segalanya. Kesimpulannya, marilah kita sama-sama muhasabah diri dengan mengkaji kembali apakah bentuk-bentuk perlakuan atau tindak tanduk yang sepatutnya diberi perhatian yang lebih supaya kita tahu dimana dan bila yang sepatutnya kita rasakan perlu untuk berasa MALU.... Sekian.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA