The words can explain everything....
~ Ozie
* Orang yang benar-benar patuh beragama dan memiliki iman yang teguh tidak akan pernah merasa gentar. Sebaliknyadia akan selalu memiliki ketenangan batin yang siap menghadapi semua tugas dan cabaran hidup dengan tabah dan tenang. - William James
* Manusia yang benar-benar menjalankan perintah agama, tidak akan pernah merasa risau dan takut serta tidak akan dihinggapi penyakit saraf. - Hukamak
* Ketahuilah olehmu, betapa banyak orang yang berpakaian putih tetapi kotor agamanya dan betapa banyak orang yang mulia hari ini tetapi terhina dan tersia-sia hari esok. - Abu 'Ubaidah al-Jarrah
* Kepercayaan kepada taqdir menimbulkan puncak kesenangan yang sejati, kerana ia menimbulkan sikap sabar dan tabah. - Hamka
* Jika tidak kerana adanya segelintir manusia dari golongan munafiqun yang menjual dirinya kepada pemimpin yang zalim, atau jika tidak kerana adanya manusia pembelot yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah, tentulah gerakan Islam tidak akan mengalami berbagai kerisis dan fitnah. - Fathi Yakan
* Orang yang taat dan patuh kepada agama tidak akan pernah dihinggapi neurosis atau penyakit saraf. - A.A Brill
* Perhimpunan di rumah keluarga simati dan rumah simati itu, dan menyediakan makanan untuk orang-orang yang datang memberi tazkirah adalah termasuk jenis tangisan yang kuat. - Jaril bin Abdullah al-Rajili
* Permohonan ampun yang tidak disertai penghentian melakukan dosa adalah taubat orang-orang pembohong. - al-Fudhail ibn 'Iyadh
* Roh yang kotor dan batin yang tidak disinari cahaya Ilahi adalah sarang dan sumber segala kejahatan. - Hukamak
* Ada empat perkara yang boleh melemahkan penglihatan iaitu memandang kepada yang menjijikkan, melihat orang dipancung, memandang kepada kemaluan wanita dan duduk membelakangi kiblat. - Imam al-Ghazzali
CLICK HERE to see more.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA