Whatever you say, say from the heart.
Whatever you look, look in good faith.
Wherever you go, go with a willing mind ....
~ Ozie
~ Ozie
Setiap orang tentunya mempunyai kegemaran dan cita rasa sendiri. Maka, kalau hendak melakukan sesuatu, tentulah kita akan lakukan perkara yang kita suka sahaja. Yang tidak disukai tu, pandang sebelah mata ajelah.... Kalau ada orang yang memaksa mungkin kita akan lakukan juga, tapi hasilnya tidaklah sesempurna yang diharapkan. Tak ikhlaslah katakan..... Seboleh mungkin kita akan elakkan juga dari melakukan perkara yang tidak kita suka atau minat tu...'allergic'lah konon...hehee... Tapi sebenarnya, semua tu hanyalah mainan minda dan perasaan je. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya terlalu ikutkan sangat kata hati dan tanpa sengaja kita juga telah menolak sesuatu yang mungkin lebih positif walaupun kita tahu, manusia ni punya seribu satu peluang dan keistimewaan yang tidak pernah kita duga. Kadang-kadang kita rasa kita tidak mampu melakukannya sedangkan kita belum cuba pun lagi. Bila dah cuba dan menampakkan hasil...ehhh....seronok lah pula... Masa tu keluarlah kata-kata 'kenapalah aku tak buat dari dulu'. Pulak dah... Hmm...itulah yang dinamakan manusia..hehee...
Sebenarnya bukan nak mengata atau bercerita tentang orang lain, tetapi hendak berkongsi cerita mengenai diri saya sendiri... Saya ni memang sungguh berminat dalam bidang perniagaan. Walaupun tiada pengalaman, tapi perasaan ingin mencuba apa saja tidak pernah padam. Macam-macam yang saya telah cuba, asalkan yang dicuba itu, tidak melibatkan 'makanan'. Alasannya, saya tidak suka memasak dalam kuantiti yang banyak kerana bagi saya memasak itu sunguh meletihkan. Pada saya lebih baik buat sesuatu yang tidak memerlukan kita duduk atau berdiri ditempat yang sama dengan masa yang agak lama. So, saya pun buatlah benda lain, seperti menjahit, menggubah bunga atau hantaran, membuat kraf tangan dan sebagainya. Senang kan...buatlah bila-bila masa dan duduklah dimana pun dan tidaklah letih sangat hendak mengemas bila kerja dah selesai.
Tapi, dalam pada tak suka tu, entah macamanalah boleh 'terjebak' juga dalam arena memasak ni. Tiba-tiba je timbul minat dan rajinnya nak memasak... Maka langkah pun diatur, dan saya pun mulalah ambil pesanan dan tempahan. Hmm... rasa macam mimpi pula.... Bila dah nampak hasilnya, barulah terbuka mata..hehe... Rupanya, hasil dari perniagaan makanan ni adalah lebih baik dan mudah berbanding yang lainnya. Maalum sajalah, manusia ni perlu makan setiap hari. Tambahan pula kalau makanan itu sesuai dengan citarasa orang yang memakannya...maka berulanglah mereka mencari.
Itulah alkisahnya, saya yang dulunya terlalu obses dengan sesuatu yang telah menjadi kebiasaan akhirnya berubah juga citarasa dan keinginan. Sebaris kata dari saya untuk anda, jangan terlalu cepat menolak sesuatu sebelum kita pasti akan kelebihannya. Dan lagi, jangan buat diri sendiri berasa bosan dengan situasi yang sama, sebaliknya cubalah sesuatu yang baru, mana tahu kalau ia lebih baik dari apa yang kita buat sebelumnya. Kata orang...belum cuba belum tahu, dah cuba diburu-buru. Tak kenal maka tak cinta, dah kenal tergila-gila...hehee... Apa pun, rezeki ditangan Tuhan. Tugas kita hanyalah berusaha seberapa daya ....
13rd. January 2012
13rd. January 2012
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA