Tuesday, July 19, 2011

* CERITERA ALAM ~ RASA TERSINGGUNG ....??

Everyone has the right to advise but think of the best way to do it....
~ Ozie


                                                                                         Tegur menegur atau nasihat menasihati itu adalah suatu kewajipan manakala membiarkan kemungkaran itu adalah suatu dosa. Namun untuk melaksanakannya bukanlah satu perkara yang mudah kerana bukan semua orang boleh menerima teguran dan nasihat kita dengan hati yang terbuka malah ada yang akan rasa tersinggung sekalipun kita berniat ikhlas. Tapi itulah kenyataan yang harus kita terima biarpun usaha murni atau niat baik kita itu akan membuatkan hati kita pula yang terluka. Pun demikian, demi rasa tanggungjawab, tugas menegur dan menasihati ini harus juga dilakukankan sekalipun kita terpaksa berhadapan dengan kerenah manusia-manusia yang sering dan suka menolak kebenaran.

                                                                         Senario sebegini sebenarnya, boleh kita lihat dengan jelas di dalam keluarga kita sendiri. Cuba perhatikan anak-anak kita, bagaimana reaksi mereka apabila ditegur atau dinasihati. Adakah mereka akan tunduk patuh atau sebaliknya memberi alasan itu dan ini....? Malahan kita sendiri sebagai isteri pun tidak terlepas dari merasa tersinggung bila ditegur atau dinasihati oleh suami dan begitu jugalah sebaliknya. Hmm... Jelas bukan...? Hakikatnya semua orang pun akan melakukan hal sama dan mengalami perasaan yang sama apabila ditegur atau dinasihati.

                                                                          Walau bagaimanapun, dari pandangan peribadi saya sendiri yang kurang bijak ini, kalau dilihat dari sudut positifnya, merasa tersinggung itu sebenarnya adalah lebih baik kerana itu bermakna kita mulai sedar dan mungkin akan memikirkan semula akan kesilapan yang telah kita lakukan itu. Sebaliknya, sekiranya ditegur dan dinasihati, tetapi kita bersikap endah tak endah atau istilah budak-budak sekarang 'buat bodoh je', maka itu adalah petanda yang lebih 'bahaya'....hehee....

                                                                           Apapun, terpulanglah kepada budi bicara dan penerimaan masing-masing. Yang penting kita tahu akan peranan hidup kita di dunia ini dan tidak bersikap pentingkan diri sehingga sengaja membiarkan perkara yang mungkar berlaku di depan mata. Bertindak dengan bijak dan berfikir beberapa kali sebelum menegur dan menasihati mungkin menjanjikan hasil yang lebih sempurna.... Wallahualam! Dengan itu, sebelum saya mengundurkan diri, mohon maaf kepada anda semua andai ada di antara coretan saya ini yang menyinggung perasaan anda ...


~ Thanks ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...