Thursday, June 7, 2012

* PETUA ~ AWET MUDA

Give thanks to the grace of God .....
~ Ozie

                                                                                              Bila sebut saja perkataan 'awet muda' atau bercerita tentang 'awet muda' ini, orang yang paling tertarik dan memberi tindak balas segera adalah kaum wanita kerana sememangnya sudah lumrah kaum wanita, ingin selalu kelihatan cantik dan menarik, tidak kira samada yang masih muda mahupun yang telah agak berusia. Hmm.... Siapalah yang tidak mahu kelihatan lebih muda dari usia yang sebenar kan? Atas dasar keinginan yang membara inilah, maka berbagai cara dan gaya dapat kita lihat, dilakukan oleh kebanyakan kaum wanita sehingga ada yang sanggup menghabiskan wang beribu ringgit hanya untuk membeli produk dan peralatan yang kononnya menjanjikan kesan maksima, walhal hasilnya tidaklah seberapa. Oleh kerana terlalu ghairah untuk kelihatan cantik, ada pula yang tidak sedar bahawa mereka telah terdedah dengan berbagai risiko yang boleh menjejas ekonomi dan kesihatan mereka.

                    
                                                                                                Maka yang demikian, walaupun saya ni bukan pakar kecantikkan atau orang yang bertauliah untuk memberikan nasihat dan pandangan mengenai kecantikkan ini, namun saya 'teringin' sangat untuk berkongsi beberapa petua yang mungkin anda rasakan baik untuk diikuti dan boleh dipraktikkan di dalam kehidupan seharian terutamanya kepada mereka yang masih muda kerana amalan sebegini sebaiknya dilakukan dari peringkat awal lagi. Kebanyakkan tip atau panduan ini saya perolehi dari pengalaman rakan-rakan dan saya sendiri. Silakan .....

PETUA UNTUK AWET MUDA:

* Solat 5 waktu.


* Berselawat keatas Nabi ketika mencuci muka.


* Senyum selalu.


* Buang segala perasaan negatif.


* Jangan biarkan diri anda sering berada dalam keadaan stress.


* Menjaga pemakanan

- Minum air suam/putih sekurangnya 8 gelas sehari.
- Jangan makan makanan yang terlalu pedas, masin, sejuk dan panas.
- Elakkan minum minuman berkarbonat.
- Elakkan makan makanan yang terlalu masam dan berasid.
- Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Elakkan makan makanan segera.

* Menjaga rutin harian
- Tidur dan bangun awal untuk memastikan tidur anda cukup
- Tidak tidur siang terlalu lama atau lebih dari setengah jam.
- Bersenam sekiranya anda jenis orang yang kurang aktif.
- Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
- Beristirehat di luar rumah sambil menghirup udara bersih.

                  
                                                                                               Itulah diantara petua yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Mudah bukan? Kita tidak perlu menggunakan sebarang produk atau peralatan yang mahal-mahal untuk kelihatan muda dan cantik. Oleh itu, mari kita sama-sama cuba dan lihat sendiri hasilnya. Pun begitu ketahuilah bahawa, kecantikkan sebenar lahir dari dalam diri kerana perasaan dalaman inilah yang akan memancarkan aura sebenar kita. Sentiasalah bersyukur dan redha dengan apa yang kita miliki disamping bersikap lebih optimis ketika menjalani kehidupan seharian. Diharapkan dengan petua ini nanti, badan kita akan menjadi lebih sihat dan wajah kita akan kelihatan berseri-seri. Wallahualam.

* Please CLICK HERE to see more tips.

~ Thank you ~

2 comments:

  1. A good recipe for extending the beauty! I only want to say that you need one more thing - the goal or a hobby for being beautiful!

    ReplyDelete
  2. yeah...That's true... activities is good for your health ...

    ReplyDelete

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...