Natural beauty should also be preserved .....
~ Ozie
Sesiapa saja, khasnya kaum wanita, sering mengimpikan kulit yang halus dan gebu bukan saja di wajah malahan di seluruh badan juga, terutama di bahagian yang sukar dijaga seperti tumit kaki, tapak tangan, siku, lutut dan buku lali. Untuk itu, kulit haruslah sentiasa dibelai dan diberi 'layanan' serta rawatan yang lebih teliti untuk mendapatkan hasil yang diingini. Pun demikian, sedikit usaha dan kerajinan diperlukan untuk melakukan kerja-kerja 'membaik pulih' kulit ini. Bak kata orang, hendak seribu daya, kalau tak nak duduk diam-diam ya.... hehee ... Jadi, kepada yang 'hendak' tu, jangan tunggu lagi, mari kita cuba beberapa petua tradisi yang mudah dilakukan di rumah tanpa perlu menghabiskan banyak masa, tenaga dan wang ringgit untuk pergi ke spa atau ke salun kecantikkan. Silakan.....
PETUA UNTUK PENJAGAAN KULIT BADAN:
1- BERAS - Kisar setengah cawan beras hingga halus (tak perlu diayak) dan lembabkan dengan sedikit air, untuk dijadikan skrab atau bahan penyental ketika anda mandi. Lakukan 2x seminggu sehingga kulit anda benar-benar halus. Beras bukan saja boleh menghaluskan kulit, tetapi akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih cerah.
2- SUSU - Berendam dalam tab mandi yang mengandungi susu kambing/lembu, samaada yang segar dari ladang atau pun susu yang terdapat di pasaran, selama 15-30 minit. Lakukan sekurangnya 1-2x seminggu. Anda boleh juga menggunakan cecair mandian atau sabun yang berasaskan susu kambing/lembu setiap kali mandi.
3- KENTANG - Parut atau sagat 3-4 biji kentang yang telah dibuang kulit dan dibersihkan. Sapukan keseluruh badan selama 15 minit dan bilas. Untuk menghilangkan sisa getah kentang, sental kulit anda sekali lagi dengan menggunakan limau nipis yang telah dibelah dua. Bilas semula hingga bersih keseluruhannya.
4- MADU - Sapukan madu keseluruh badan dan biarkan lebih kurang 10 minit sambil mengusap kulit perlahan-lahan sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan 2-3x seminggu.
5- SIREH - Ramas daun sireh dengan sedikit air dan sental keseluruh badan sekurang-kurangnya 2x seminggu. Selain dari menghaluskan kulit, sireh juga baik untuk menghilangkan bau badan.
6- HAMPAS KELAPA - Jadikan hampas kelapa sebagai bahan penyental ketika anda mandi untuk beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih.
7- NENAS - Parut nenas yang telah dibersihkan dan lumurkan keseluruh badan untuk beberapa minit sebelum dibilas dengan air bersih. Beri lebih tumpuan pada bahagian yang lebih kasar seperti tumit kaki, tapak tangan, siku, lutut dan buku lali.
8- KULIT RAMBAI - Sental badan anda dengan kulit rambai yang masih lembut, semasa mandi atau anda boleh buat skrab dari kulit rambai yang telah kering dan dikisar halus.
9- BUAH PALA - Kisar halus isi buah pala yang telah dijemur selama 7 hari. Campurkan dengan bedak sejuk dan sapu keseluruh badan selepas mandi. Selain dari menghaluskan kulit, buah pala juga akan membuatkan badan anda berbau harum.
Itulah diantara, petua-petua tradisi yang dapat saya kongsikan dengan anda semua untuk kali ini. Disamping anda mengamalkan petua-petua tradisi itu, jangan pula lupa dengan amalan-amalan harian yang 'wajib' seperti di bawah ini.
* Minum air suam/putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan semulajadi.
* Elakkan kulit dari terdedah dengan pancaran matahari terlalu lama terutama ketika panas terik.
* Gunakan losyen pelembab badan setiap kali selepas mandi untuk memastikan kulit anda kekal lembut.
* Mandi sekurang-kurangnya 2-3x sehari dengan menggunakan cecair mandian yang lembut.
* Makan lebih sayur-sayuran/buah-buahan dan amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.
Semoga dengan petua-petua dan panduan itu tadi, diharapkan ia akan dapat membantu kita menyelesaikan masalah kulit yang kasar dan masalah-masalah yang lain juga. Pun begitu, hanya usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang lebih sempurna. Jadi, sekiranya anda ingin mencuba mana-mana petua di atas, tanamkan azam dan semangat agar usaha tidak tinggal usaha dan apa yang anda inginkan itu, akan menjadi nyata. Perlu diketahui juga, keberkesanan dan perubahan dari usaha ini, mungkin memerlukan sedikit masa, kerana ia bergantung kepada jenis kulit setiap individu itu. Selamat mencuba dan semoga berjaya!!
Nota:
* Kepada mereka yang mempunyai masalah kulit yang sensitif, anda disarankan untuk meminta nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkan petua tradisi ini.
* Ucapan terima kasih buat rakan-rakan yang sudi berkongsi petua dan panduan untuk post saya kali ini.
Please CLICK HERE to see more tips.

~ Thank you ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA