Everyone will not be spared from facing problem .....
~ Ozie
Anda mempunyai banyak masalah? Fikiran anda kusut dan jiwa anda tidak tenteram? Jangan bimbang....! Tip di bawah ini mungkin dapat membantu dan meringankan sedikit beban dan masalah yang anda tanggung itu. Insya Allah jika diamalkan berterusan, anda akan merasa lebih tenang selepas ini. Cubalah...!!
TIP - HATI SENTIASA TENANG
* Pastikan anda tidak meninggalkan solat 5 waktu, kerana dengan solat kita akan sentiasa mengingati Allah.
* Berselawat keatas Nabi sebanyak yang anda mampu.
* Membaca Al-Quran setiap hari walau pun hanya satu surah yang pendek.
* Pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk.
* Selalu mengamalkan zikir-zikir mudah ketika anda bersendirian.
* Sentiasa dalam keadaan redha dan bersyukur dengan apa yang ada dan apa saja yang anda hadapi.
* Sentiasa berdoa dan memohon pertolongan dari Allah.
* Bersedekah sekiranya anda berkemampuan.
* Mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan rakan-rakan.
* Memohon ampun kepada kedua ibubapa setiap hari atau setiap kali anda berjumpa dengan mereka.
* Memohon maaf kepada suami/isteri setiap hari sebelum anda tidur.
* Memaafkan kesalahan orang lain dengan seikhlas hati.
* Pastikan anda sentiasa tersenyum walaupun anda mempunyai banyak masalah.
* Bangun awal pagi dan segera mempersiapkan diri agar diri sentiasa bersih, kemas dan berbau harum walaupun anda berada di rumah.
* Selesaikan kerja-kerja rumah sebelum anda memulakan tugas-tugas lain.
* Pastikan anda tidak tidur lewat kerana rasa mengantuk akan mengganggu emosi dan tugas harian anda.
* Pastikan rumah atau tempat kediaman anda, sentiasa dalam keadaan teratur dan bersih.
* Berehat sebentar sekiranya anda terasa letih atau penat, ketika melakukan sebarang kerja.
* Pastikan waktu makan anda teratur supaya anda tidak berada dalam keadaan lapar, kerana perut yang lapar akan mengganggu emosi anda.
* Jangan asyik terperap di dalam rumah sebaliknya keluar sekali sekala untuk menghirup udara segar atau berbual dengan rakan-rakan.
* Jangan segera menjawab pertanyaan orang yang sedang marah sebaliknya fikirkan dulu jawapan yang tepat supaya jawapan anda tidak menambah kemarahan kerana ia mungkin akan mencetus pertengkaran.
* Bercakap dengan nada yang perlahan dan berhati-hati supaya tidak menyinggung hati orang lain, kerana sekiranya itu berlaku, ia mungkin akan membuatkan anda kurang selesa.
* Tarik nafas panjang dan berfikir dulu sebelum anda menegur kesalahan orang lain supaya kata-kata yang keluar tidak menyinggung perasaan orang yang ditegur.
* Keluar melancung sekali sekala untuk merehatkan badan dan fikiran sekiranya anda berkemampuan.
Semoga dengan semua tips di atas itu tadi, anda akan merasa lebih tenang dan yakin sepanjang hari. Ketahuilah sesungguhnya ketenangan itu lahir dari dalam diri kita sendiri. Sebagai motivasi untuk anda semua, sila simpan petikan atau kata-kata ini - "Satu-satunya orang yang mampu mencipta kegembiraan, ketenangan dan kebahagiaan, adalah diri kita sendiri." Maka dengan itu, ciptalah ketenangan yang anda cari dengan melakukan perkara-perkara yang positif disamping memohon pertolongan dari Allah. Dan percayalah, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambanya.
Sekian. Selamat mencuba...!!
* Please CLICK HERE to see more tips.
~ Thank You ~
No comments:
Post a Comment
DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.
Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.
Penulis blog: SURI SUTERA