Sunday, October 21, 2012

* SAJAK ~ JANGAN



* JANGAN

Walaupun engkau berkuasa hebat
hak orang lain jangan disekat

Walaupun engkau berhijrah jauh
asal usulmu jangan dibunuh ...

Walaupun engkau berilmu tinggi
ayah dan ibu jangan dilupai 

Walaupun engkau bersuara lantang
kebenaran jangan ditentang 

Walaupun engkau berharta banyak
bersedekah jangan dielak 

Walaupun engkau berpangkat besar
tutur dan kata jangan tersasar 

Walaupun engkau berwajah elok
orang lain jangan diperolok 

Walaupun engkau berakal cerdik
budi bahasa jangan tercarik

Jangan! Jangan! Jangan!

Sungguhpun melangit impian kau bina
sekalipun membukit angan kau uja
walaupun melaut peluang tersahut
biarpun membusut harta terpungut
kerana ...
kita tetap hamba
kita tetap serupa .....

By: OZIE MAHSA (21st. Oct.2012)

* Please CLICK HERE to see more poems.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...