Saturday, April 14, 2012

* DEDAH .....??

Do something based on the knowledge that we have ....
~ Ozie

 

Secara umumnya sebutan perkataan atau isu dedah sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang negatif yang pastinya akan membuatkan kita berasa gerun mendengarnya. Pun begitu sebagai seorang manusia yang berfikiran bijak dan waras, kita boleh berusaha untuk cuba mengelak dari perkara-perkara negatif dengan tidak mendedahkan diri dengan perkara-perkara tersebut secara terbuka atau keterlaluan. Maka, di sini saya ingin sekali kongsikan satu 'pendedahan' yang mungkin penting buat kita semua. Cuba kita renungkan kesan dan bahayanya bila kita sengaja mendedahkan atau terdedah dengan perkara-perkara berikut:

1- Terdedah kepada matahari untuk jangka masa yang lama akan mendatangkan kesan negatif kepada kulit kerana kulit mungkin akan terbakar, menjadi lebih gelap atau mengalami kesan iritasi.

2- Mendedahkan identiti secara terbuka melalui laman-laman sosial dengan mempamirkan gambar-gambar dan butir-butir diri dengan keterlaluan mungkin menarik perhatian orang lain terhadap kita.

3- Mendedahkan bahan makanan akan mengundang serangga, makhluk perosak atau bakteria merbahaya yang tentunya akan menjejaskan kesihatan kita.

4- Mendedahkan aurat khasnya bagi kaum wanita, mungkin akan menimbulkan fitnah dan mengundang perhatian pihak-pihak tertentu. Selain dari menempa masalah ia juga merupakan satu perbuatan yang berdosa.

5- Terdedah kepada bahaya yang mungkin tidak disedari seperti kemalangan dan perbuatan-perbuatan tidak bermoral oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab di sekeliling kita.

6- Terdedah dengan masalah yang berbagai seperti masalah rumahtangga, masalah sosial, masalah ekonomi dan sebagainya yang juga akan mengganggu gugat kehidupan kita.

7- Terdedah dengan penyakit merbahaya yang tidak dijangka terutama penyakit yang boleh membawa maut atau yang boleh mencacatkan tubuh badan kita.

8- Terdedah kepada pengaruh orang luar dan anasir-anasir jahat yang wujud melalui talian-talian yang menjadi wahana komunikasi maya zaman kini, seperti laman web dan sebagainya.

9- Terdedah dengan perasaan manusia yang berbagai seperti hasad dengki, cemburu, dendam, prasangka dan sebagainya yang mungkin boleh mengganggu gugat emosi kita.
                                                                                                          
Semoga dengan 'pendedahan' ringkas di atas, kita boleh sama-sama muhasabah diri dan keluarga dengan memahami keperluan dan tidak mendedahkan apa yang tidak sepatutnya serta cuba mengelakkan diri dari terdedah dengan perkara yang negatif. Segalanya mungkin akan terkawal dengan usaha-usaha positif iaitu dengan mendedahkan diri dengan ilmu atau informasi yang boleh menjauhkan kita dari perkara-perkara buruk dan maksiat. Wallahualam.

Hasil Tulisan: Ozie Mahsa


* Please CLICK HERE to see more informations.



    ~ Thank you ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...