Saturday, November 17, 2012

* SAJAK ~ NAUNGAN KASIH

Budi yang baik akan dikenang.
Hati yang baik akan disayang.
~ Ozie



* NAUNGAN KASIH

Izinkan aku ...
berteduh di bawah redup pohonmu
menyandar tubuh yang hilang ampuh
menghela nafas yang kian tumpas
melelap mata barang seketika

Bila si mentari yang cemburu
beraksi lagi penuh laku
rasa dahaga mula bertamu
biarku teguk ...
titis embun di hujung dedaunmu

Kala perut mula merungut
aku tak lagi bisa menyahut
di dahan jatimu rezeki ku pungut
buat mengalas perut memulas
agar tidak melangkah culas
di laluan hidup yang belum jelas

Kini saatnya aku terpaksa
melangkah pergi meniti masa
menempuh lagi haluan hakiki
buat memenuhi tuntutan duniawi
dan mengisi kehendak naluri

Kepadamu ...
hanya ucapan lalu sekilas
buat hatimu yang tulus ikhlas
moga Tuhan akan membalas

Terima kasih!
buatmu penaung kasihku ...

Selamat tinggal!
ku mohon pergi dahulu .....

By: * OZIE MAHSA (17th. November 2012)

* Please CLICK HERE to see more poems.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...