Friday, April 13, 2012

* SAJAK ~ ANGKARA DOSA



* ANGKARA DOSA

Kerana cinta dan pesona gaya
terpukau matamu
dek lagak palsu si pencinta nafsu ...

Lena dialun kata layu dibuai rayu
maka terbukalah rahsia yang terkunci
dan identiti bukan lagi misteri
dalam rela
kesucian yang kau bangga tidak lagi berharga
demi sebuah cinta kau serah segalanya ...

Seketika cuma nikmat kau rasa
walhal ...
hakikat kau terima amat menyiksa
kerana sesungguhnya
harga diri yang pergi tidak akan kembali
kesalan yang tiba tidak lagi bermakna
angkara dosa yang kau cipta
buruk padahnya .....

By: * OZIE MAHSA - Selangor (13rd. April 2012)


* Please CLICK HERE to see more poems.

~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...