Monday, September 24, 2012

* PENGERTIAN TAQWA

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa."
~ at-Taubah: 7



                                                                                             
                                                                 Secara umum, taqwa dapat diertikan sebagai patuh kepada segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Menurut syarak, taqwa bererti menjaga dan memelihara diri dari seksa dan murka Allah dengan jalan melaksanakan perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangannya serta menjauhi perbuatan maksiat.

1-TAQWA BERMAKNA TAKUT KEPADA ALLAH

"Dan janganlah kamu jual ayat-ayatku dengan wang yang sedikit dan takutlah kepadaKU." - al-Baqarah: 41

2-TAQWA BERMAKNA KETAATAN DAN IBADAH

"Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takut dan janganlah kamu mati melainkan kamu orang Muslim." - Ali Imran: 102

3-TAQWA BERMAKNA BERSIH HATI DARI DOSA

"Takutlah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan." - al-Baqarah: 233

Source: Diari Islam, Al-Hidayah


* Please CLICK HERE to see more.


~ Thank You ~

No comments:

Post a Comment

DISCLAIMER
Ini adalah blog peribadi. Segala maklumat di dalam blog ini hanyalah untuk simpanan penulis sebagai rujukan di masa akan datang samada yang dipetik dari media mahupun dari hasil daya fikir penulis sendiri. Sila rujuk sumber yang lebih sahih sekiranya terdapat maklumat atau fakta yang mungkin mengelirukan kerana pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian dari penggunaan sebarang info atau maklumat dari blog ini.

Terima kasih.
Sila lawati kami lagi.

Penulis blog: SURI SUTERA

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...